SEORANG bayi perempuan cedera parah selepas disambar api kuat dari kuali yang digunakan bapanya ketika membakar sotong di rumahnya dalam kejadian di Vietnam pada Khamis lepas.
Melalui video kamera litar tertutup (CCTV), jarak kedudukan mangsa dengan kuali itu adalah sekurang-kurangnya dua meter.
Pada waktu itu, bapanya dilihat meletakkan cecair dipercayai alkohol yang sekali gus menyebabkan api menyambar dengan pantas dan tepat pada badan mangsa.
BACA LAGI: Mengumpat belakang dipercayai punca lelaki mengamuk, tengking staf dobi wanita di Sabah
[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]
Bapa mangsa yang panik ketika melihat kejadian itu. — Agensi
Dia kemudian menyedari perkara itu segera mendapatkan mangsa sambil memadamkan api pada baju anaknya sebelum membawanya ke hospital berdekatan.
Keadaan terkini mangsa selepas kejadian itu bagaimanapun belum dapat dipastikan lagi setakat ini.
Sementara itu, Jabatan Rawatan Luka Kebakaran Orang Dewasa Hospital Nasional Le Huu Trac, Hanoi, Vietnam menyatakan bahawa kejadian melecur kebanyakannya berpunca daripada sotong dibakar dengan alkohol.
Menurutnya, kes sedemikian juga kerap berlaku terutamanya ketika musim panas.
Ketua Jabatan Hospital Besar Sanh Paul, Doktor Nguyen Nam Giang memberikan peringatan kepada orang ramai agar berhenti menggunakan alkohol ketika memasak. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram