
JABATAN Perhutanan Negeri Kedah mengumumkan notis pemberitahuan tentang penutupan sementara Taman Eko Rimba Lata Bayu, Baling, Kedah bermula Isnin.
Notis itu dikeluarkan sebagai langkah pencegahan awal berikutan terdapat dakwaan berhubung kes kencing tikus di kawasan itu.
"Kawasan ini ditutup sementara kepada para pengunjung mulai Isnin sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak," katanya dalam notis tersebut.
BACA LAGI: Harga runcit telur gred A, B, dan C turun 3 sen sebiji mula Isnin
BACA LAGI: [VIDEO] Ramai tampil 'bantu' perjelas kelayakan ISO 14001 calon PAS bertanding PRK Sg Bakap
Notis penutupan tersebut. — Facebook
Menerusi hantaran Facebook yang dikongsikan jabatan itu, kesemua pagar laluan memasuki kawasan tersebut sudah ditanda tali larangan.
Kes berkenaan sememangnya kerap berlaku di kawasan seperti Taman Eko Rimba tersebut, namun maklumat lanjut tentang dakwaan kencing tikus di Lata Bayu itu belum dinyatakan lagi setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram