PERDANA Menteri, Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan bukannya berhasrat mahu membawa guru dari Singapura untuk mengajar bahasa Inggeris sebaliknya mewujudkan satu skim bantuan untuk menghantar sukarelawan ke kawasan pedalaman.
Anwar berkata, dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, berbincang untuk mewujudkan satu skim bantuan menghantar sukarelawan mengajar bahasa inggeris ke dan meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.
BACA LAGI: 'Hanya Speaker boleh arahkan kami kosongkan kerusi Parlimen'
BACA LAGI: PM Anwar sumbang RM40,000 kepada waris mangsa nahas rombongan cikgu di Rompin
"Dengarlah dulu, kadang-kadang jadi pakar tiga minit kemudian terus lontar di media sosial dan faktanya salah.
"Salahnya ialah kononnya kita sekarang akan melantik guru bahasa Inggeris dari Singapura, itu salah.
"Ada beberapa perkara yang saya bicarakan dengan Perdana Menteri Singapura (Lawrence Wong).
"Ini termasuk mengadakan skim bantuan atau melantik seorang sukarelawan yang dibayar oleh pemerintah Singapura untuk pergi ke kawasan terutama miskin bandar, desa dan pedalaman Sabah dan Sarawak untuk mengajar bahasa Inggeris," katanya pada Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di Putrajaya pada Jumaat.
Anwar (kanan) dan Wong (kiri) bertemu bagi membincangkan cara memperkukuh hubungan dua hala.
Pada Rabu lalu, Anwar dan Wong bertemu untuk membincangkan cara memperkukuh hubungan dua hala.
Anwar berkata, beliau kemudiannya dikecam oleh pihak tertentu kerana tidak menghormati guru tempatan dengan cuba membawa masuk guru dari seberang Tambak.
“Ini semata-mata untuk mengeratkan hubungan antara negara kita,” tegasnya. — The Star/ RAHIMY RAHIM
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram