SEORANG wanita berdepan detik cemas selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Sandakan, Sabah pada Isnin.
Menerusi video kamera papan pemuka (dashcam) tular di Facebook, mangsa dipercayai cuba mendapatkan anaknya yang secara tiba-tiba berlari menyeberangi jalan raya tersebut.
Namun, nasib tidak menyebelahi mereka, kedua-duanya dilihat terjatuh di bahu jalan selepas dirempuh kereta terbabit.
BACA LAGI: PM Anwar sumbang RM40,000 kepada waris mangsa nahas rombongan cikgu di Rompin
Wanita tersebut kemudiannya dengan pantas merangkak dan memangku kanak-kanak yang kelihatan sudah tidak sedarkan diri ketika itu.
Pada masa sama, beberapa orang awam mengerumuni lokasi kejadian sebelum seorang daripadanya mengalihkan kanak-kanak tersebut dari kawasan itu.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram