Pemandu lori cuba seleweng 4,800 liter diesel bersubsidi tengah malam di Klang


  • 112
  • Ahad, 09 Jun 2024

Sebuah lori yang disyaki cuba menyeleweng diesel bersubsidi ditahan KPDN Selangor dalam satu serbuan di Klang, Selangor pada tengah malam Ahad. — KPDN Selangor

SEBANYAK 4,800 liter diesel bersubsidi cuba diseludup di Klang, Selangor oleh seorang pemandu lori di Persiaran Raja Muda Musa pada tengah malam Ahad.

Memetik laporan Buletin TV3, seorang lelaki berusia berusia 20-an ditahan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor sekitar 12.35 tengah malam.

Lelaki warganegara tempatan itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan di beberapa stesen minyak dekat Shah Alam dan Klang.

BACA LAGI: Harga diesel RM3.35 mulai tengah malam Isnin

BACA LAGI: Subsidi diesel: Kumpulan pertama Budi Madani terima bayaran 10 Jun

Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, penemuan sebanyak 4,800 liter diesel bernilai RM10,320 itu dijumpai di lori jenis bonded lima tan dipercayai hasil daripada tindakan seleweng beberapa stesen minyak.

Ia ditemui selepas KPDN Selangor melakukan pemeriksaan terhadap lori tersebut.

"Soal siasat pemandu terbabit gagal mengemukakan apa-apa lesen barang kawalan minyak diesel.

"Lelaki itu kemudian ditahan dan kenderaan terbabit disita untuk siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," kata Zuhairi.

Dalam pada itu, KPDN Selangor turut menyita beberapa barang lain seperti enam tangki, dua pam penyedut dan satu hos.

Anggaran nilai sitaan adalah sebanyak RM45,320. Kesemua barangan tersebut disita bagi siasatan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram