Hari Raya Aidiladha disambut 17 Jun


  • Primer
  • Jumaat, 07 Jun 2024

Tarikh Hari Raya Aidiladha ditetapkan pada 17 Jun selepas anak bulan bagi bulan Zulhijjah sudah kelihatan menerusi satu cerapan dibuat pada Jumaat.

UMAT Islam di Malaysia akan meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman.

Menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Jumaat malam, Mohd Aseral turut mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1445 Hijrah adalah pada Sabtu.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1445 Hijrah ialah pada 8 Jun 2024 Masihi (sabtu).

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 17 Jun 2024 Masihi," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram