Warga emas maut dilanggar lori mengundur, pemandu rupanya ada 100 saman


  • 112
  • Khamis, 06 Jun 2024

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada dan perut. — Facebook

SEORANG lelaki warga emas maut akibat dilanggar sebuah lori yang sedang mengundur dalam kejadian di kawasan kilang di Jalan Lahat-Simpang Pulai, Ipoh, Perak pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asistan Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan mendapati pemandu lori berusia 44 tahun berkenaan memiliki 100 rekod saman trafik termasuk tiga kesalahan kemalangan jalan raya, manakala lori dipandu mempunyai 10 saman terkumpul.

Beliau berkata, kemalangan membabitkan pejalan kaki berusia 66 tahun itu berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari dan berdasarkan siasatan awal, pemandu lori terbabit tidak mengetahui keberadaan mangsa yang sedang berdiri di belakang kenderaan itu.

BACA LAGI: Dakwaan rogol Mondy Tattoo, kes Ebit tidak akan diteruskan — Peguam

BACA LAGI: [VIDEO] Budak pasang impian beraksi bersama Brazil maut ditembak depan ayah pada hari lahir ke-9

WhatsApp Image 2024-06-06 at 18.48.43

Seorang lelaki warga emas maut akibat dilanggar sebuah lori yang sedang mengundur. — Facebook

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada dan perut manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Abang Zainal Abidin berkata, mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat manakala kemalangan itu disiasat lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau sehubungan itu meminta mana-mana saksi kemalangan itu menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Syafiq Fauze menerusi talian 013-6713 177 atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram