Lelaki patah tulang paling keras dalam badan ketika batuk akibat kerap minum air berkarbonat


  • Sihat
  • Selasa, 04 Jun 2024

Hasil X-ray yang telah dibuat oleh Dr Dong Zhong mendapati pesakitnya, Ye mengalami patah tulang femur.

SEORANG lelaki di China mengalami patah pada bahagian tulang paling keras dalam tubuh badannya iaitu femur semasa batuk, kata seorang doktor di negara itu baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Ortopedik Hospital Rakyat Kedua Wilayah Fujian di China, Dr Dong Zhong mendedahkan kejadian itu kerana berasa aneh apabila pesakit yang baru berusia 35 tahun itu mengalami kecederaan yang teruk hanya gara-gara batuk.

Dr Dong berkata, pesakitnya, Ye mengalami rasa sakit yang teruk serta-merta selepas mengeluarkan batuk yang sangat kuat.

BACA LAGI: Cedera ACL tak patahkan semangat Amylia cipta nama bersama Malaysia Dugong sampai ke Jepun

BACA LAGI: Tidak patah semangat tangan termasuk mesin, usahawan OKU 'berguru' sehingga ke Hawaii

Carbonated drinks are one of the culprits of dental erosion. — AFP

Doktor mendapati pengambilan air berkarbonat secara berlebihan menyebabkan tulang pesakit tersebut menjadi rapuh. Gambar Hiasan

Bagaimanapun, Ye pada mulanya beranggapan dia hanyalah mengalami kekejangan.

Selepas mengalami kesukaran untuk berjalan, Ye memutuskan untuk mendapatkan bantuan perubatan dan hasil imbasan X-ray mendapati Ye mengalami patah tulang paha.

"Tidak masuk akal kerana tiada sebarang tanda dia alami trauma fizikal," kata Dr Dong.

Setelah membuat pemeriksaan yang lebih mendalam terhadap Ye, Dr Dong mendapati masalah itu terjadi disebabkan tabiat pemakanan dan gaya hidup sihat yang membimbangkan.

"Ketumpatan tulang Ye adalah serupa dengan lelaki berusia 80 tahun, sesuatu yang luar biasa walaupun untuk lelaki muda yang tidak aktif," katanya.

Bahkan, disebabkan Ye juga tidak mengalami sebarang penyakit tulang, Dr Dong menyimpulkan bahawa lelaki itu memiliki tulang yang sangat rapuh kerana tabiat minuman berkarbonat.

"Ye ketagih air soda dan tidak minum air putih, amalkan gaya hidup buruk dan tidak bersenam," katanya.

Dr Dong berkata, minuman berkarbonat menghalang tubuhnya daripada menyerap kalsium dengan sempurna dan menjejaskan ketumpatan tulangnya.

Kajian juga menunjukkan orang yang gemar mengambil minuman berkarbonat berpotensi kuat untuk merosakkan permukaan enamel di dalam tubuh badannya kerana dipenuhi dengan gula.

"Mereka yang mengambil yang mengambil minuman berkarbonat dan kurang mengambil kalsium berpotensi mengalami risiko kerapuhan tulang secara kekal," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram