Penganggur dan pelajar jadi suspek baling pasu di Balai Polis Serdang ditahan


  • 112
  • Rabu, 05 Jun 2024

Kejadian membaling pasu yang berlaku di Balai Polis Serdang, Selangor pada Ahad lalu. — Pejabat Malaysia

DUA remaja lelaki ditahan pada Selasa selepas disyaki menjadi suspek yang membaling pasu bunga ke arah pagar di Balai Polis Serdang, Selangor pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kedua-dua suspek berusia 17 tahun itu ditahan di Taman Serdang Jaya, Seri Kembangan, Serdang pada pukul 4 petang.

Anbalagan berkata, hasil semakan mendapati seorang daripada suspek adalah pelajar, manakala suspek kedua adalah penganggur.

BACA LAGI : Angkara tak puas hati ditegur tak pakai helmet, 2 lelaki mabuk baling 'claypot' di Balai Polis Serdang

BACA LAGI : 'Nidzam Jamil penyabar, tak sorok apa-apa daripada saya'

2728082

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan (dua dari kanan).

"Dengan dipandu arah oleh kedua-dua suspek, polis merampas serpihan batu atau pasu yang digunakan dalam tiga kejadian khianat.

"Ia termasuk kes khianat terhadap pagar Balai Polis Serdang yang dipercayai dilakukan oleh dua suspek terbabit pada hari sama," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Anbalagan berkata, pihaknya turut merampas pakaian yang dipakai oleh kedua-duanya pada hari kejadian.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat," katanya.

Terdahulu, kedua-dua suspek yang dalam keadaan mabuk bertindak di luar jangka apabila membaling periuk tanah di Balai Polis Serdang kerana berang ditegur menunggang motosikal tanpa topi keledar.

Pembonceng motosikal terbabit kemudiannya bertindak membaling periuk ke arah pagar sebelum mereka melarikan diri selepas ditegur oleh anggota di lokasi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram