
BERSEMPENA musim bunga/panas 2024, jenama fesyen terkemuka, GEOX tampil dengan koleksi kasut terbaharu.
Direka untuk memenuhi keperluan kontemporari yang mementingkan gaya dan keselesaan, pilihan terbaharu itu sesuai dipakai untuk pelbagai acara dan tempat.
Baik koleksi lelaki atau wanita, GEOX menampilkan aspek keselesaan dengan mengambil inspirasi daripada inovasi rekaan yang diilhamkan daripada pembuatan kasut di Itali.
Ia ditonjolkan menerusi ciri-ciri kasut yang disempurnakan dengan pengaliran udara, kalis air dan rintangan haba atau thermo-regulation.
Setiap daripada kasut dihasilkan dalam koleksi ini baik daripada kasut sukan hingga rekaan klasik turut menampilkan versatiliti dan kehalusan tersendiri.
Untuk koleksi musim panas bagi lelaki, ia menawarkan pelbagai pilihan antaranya penny loafer yang diperbuat daripada suede mewah atau buttery leather.
Bagi majlis lebih santai, pemakaian loafers dan but diperbuat daripada suede dengan pilihan palet warna klasik pastinya menawarkan tarikan tersendiri.
Sneaker dengan suntikan reka bentuk moden memberikan gaya yang lebih urban kepada pemakai.
Koleksi musim bunga/panas 2024 GEOX direka untuk memenuhi keperluan kontemporari yang mementingkan gaya dan keselesaan.
Pada masa sama, selari dengan perkembangan trend yang memberi tumpuan terhadap rekaan kasut hibrid pelbagai guna, GEOX turut menggabungkan gaya kasual eksklusif dengan rekaan dinamik.
Ini antara lain dibuktikan menerusi rekaan kasut dan sandal espadrilles GEOX dengan warna sofistikated bersama kulit premium di bahagian atas.
Ciri tapak kasutnya yang vibran turut menyerlahkan penampilan hujung minggu buat si pemakai.
GEOX turut tidak melupakan mengenai aspek kemapanan dalam pembuatan kasutnya.
Ini dapat dilihat melalui teknologi kitar semula yang diguna pakai bagi dua versi produknya iaitu Nebula dan Spherica.
Bagi model Spherica terkini, ia ditawarkan dalam warna semula jadi atau summery tones, menggabungkan Zero Shock System untuk keselesaan dan ketahanan yang dipertingkatkan, manakala tapak +Grip pula menawarkan kestabilan untuk pelbagai aktiviti.
Untuk koleksi kasut wanita, GEOX menampilkan pelbagai rekaan sandal, loafers, dan ballerina yang cukup anggun untuk memancarkan sisi kewanitaan si pemakai.
Pilihan warna yang digunakan bagi koleksi terbaharu turut membangkitkan suasana nostalgia.
Dalam pada itu, rekaan kasut espadrilles turut membangkitkan suasana vintaj, menambahkan lagi sentuhan nostalgia untuk koleksi musim panasnya.
Bagi kasut sukan wanita, selain mengekalkan ciri kemapanan dan keselesaan, ia juga ditawarkan dengan pilihan warna pastel segar.
Keseluruhan koleksi musim panas ditampilkan GEOX bagi pemakai wanita dilengkapi dengan ciri inovasi antaranya teknologi Walk Pleasure dan Zero Shock System.
Ini menjadikan ia sesuai untuk aktiviti luar sepanjang tahun.
GEOX oleh Penelope & Mónica Cruz
Seperti yang diketahui, pelakon yang juga pemenang Anugerah Oscar Penelope Cruz merupakan duta sulung bagi GEOX.
Kerjasama tersebut turut menyaksikan terciptanya kapsul koleksi terkini hasil air tangan aktres tersebut bersama kakaknya, Mónica, yang akan dilancarkan pada musim bunga/panas 2024.
Koleksi ini menampilkan empat rekaan pakaian dan lima kasut yang direka dengan mengambil inspirasi Mediterranean.
Antara kasut yang dicipta di bawah kapsul koleksi rekaan aktres terkenal, Penelope dan kakaknya, Mónica.
Daripada sandal bertumit, loafers yang selesa dan kasut berteknologi, setiap daripadanya dicipta untuk memancarkan keanggunan dan keselesaan.
Pakaian yang dihasilkan meliputi kot serba guna yang dihasilkan daripada fabrik mapan dengan rekaan kontemporari dan wanita urban.
Kesemua rekaan koleksi terbaharu akan berada di semua butik GEOX di Malaysia dan di kedai dalam talian rasmi GEOX di Shopee, Lazada dan Zalora. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
Sejauh manakah artikel ini memberi manfaat?
100% pembaca mendapati artikel ini bermanfaat