
MENCIPTA kelainan begitu sinonim dengan AEON. Sampaikan orang kata tidak lengkap jika tidak membeli-belah di AEON. Koleksi fesyen yang dibawakan sentiasa lain dari yang lain dan up to date.
Terbaharu, AEON kembali membuat kejutan menerusi acara pertunjukan fesyen AEON Fashion Preview (AFP) Edisi Februari 2024 (AFPFeb24) yang kali ini hadir dengan naratif baharu demi memenuhi cita rasa fesyen gaya hidup urban.
Bagi penganjuran kali ini, AEON menyajikan Koleksi Raya AEON 2024 dengan menawarkan tiga koleksi utama yang mengetengahkan nilai kontemporari, inklusif dan ekslusiviti dalam berfesyen untuk semua peringkat umur.
Sebagai pusat beli-belah terkenal tanah air, AEON menampilkan kelainan tersendiri apabila kawasan parkir atas bumbung AEON Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur dipilih menjadi pentas ceritera AFBFeb24.
Berlangsung pada 22 Februari lalu, ia secara tidak langsung memberi pengalaman istimewa dan unik buat semua tetamu yang hadir.
Membawakan jenama house brand AEON, Puteri, PlusCollection, Guys’ Vision dan JKids tampil dengan pakaian tradisional yang elegan untuk Koleksi Raya AEON tahun ini.
Info lanjut buat pelanggan yang berminat memperagakan koleksi Lebarkan Lebaran.
Disajikan dengan dua koleksi utama iaitu koleksi Lebaran Sedondon dan Kunjung Lebaran, kedua-duanya memfokuskan busana tradisional Melayu dari pelbagai negeri di Malaysia.
Koleksi Lebarkan Lebaran pula hasil kolaborasi bersama jenama-jenama 'house brand' AEON yang tidak asing lagi iaitu Puteri, PlusCollection, Guys’ Vision, ARCADIA dan JKids.
Koleksi raya ini masih mengekalkan elemen reka bentuk tradisional yang diberikan nafas moden untuk tampak lebih elegan dan terkini, sesuai buat si pemakai yang ingin kekal bersederhana namun masih menjadi tumpuan di hari lebaran.
Tidak mengabaikan kualiti dan sentiasa memahami keperluan pelanggannya, AEON sentiasa memilih setiap helaian dengan teliti, bersesuaian dengan pelbagai cita rasa setiap individu, untuk setiap peringkat umur dan reka bentuk.
stads, sesuai untuk warga kota yang gemarkan aktiviti luar dengan menampilkan utiliti, fungsi dan keselesaan.
stads akan tersedia di banyak kedai AEON terpilih mulai 18 Mac 2024.
Selain Koleksi Raya AEON 2024, jenama house brand baharu AEON, stads yang memfokuskan kepada aspek ketahanan dan juga kepelbagaian fungsi buat si kaki 'outdoor' turut menjadi sorotan utama di AFPFeb24.
stads merupakan hasil kolaborasi dengan pereka kolektif pereka fesyen Indonesia, Miptah Alfarizhi dan ia merupakan koleksi istimewa sempena sambutan ulang tahun AEON ke-40 tahun ini.
Jenama yang bakal menjadi kegilaan orang ramai itu hadir dengan pelbagai fungsi dan praktikal dalam berfesyen namun masih kekal bergaya, tampak minimalis serta lasak.
Ia sememangnya memenuhi ciri-ciri keperluan individu yang aktif dan gemar menikmati gaya hidup luar.
stads direka dengan fabrik berkualiti tinggi untuk memberi keselesaan optimum dan keyakinan untuk bergerak bebas. Koleksi pakaian dari stads akan berada di pasaran AEON terpilih bermula 18 Mac 2024.
BACA LAGI: AEON akhiri tahun 2023 dengan “Thank You Day”, tawaran kaw kaw hingga 70% khusus buat ahli AEON
AEON SELECT membawakan koleksi kolaborasi bersama Spy X Family, Where Espionage Meets Style, diinspirasikan oleh watak-watak daripada manga Jepun tersebut.
Dalam pada itu, AEON SELECT pula membawa koleksi eksklusif kolaborasi bersama siri manga Jepun, Spy X Family yang dikaryakan oleh Tatsuya Endo khusus buat peminat manga.
Setiap gaya menggambarkan kepelbagaian karakter perisik dalam manga tersebut, yang boleh digayakan sebagai pakaian harian. Koleksi ini pastinya sesuai dengan cita rasa kebanyakan golongan remaja.
AFPFeb24 bukan sekadar pertunjukan fesyen, majlis penuh gah itu juga meraihkan ulang tahun ke-40 AEON tahun yang disambut bersama sebilangan besar media, pempengaruh dan pelanggan AEON.
Empat dekad bersama pelanggan setia, AEON berdedikasi untuk memberikan yang terbaik dalam membawakan setiap koleksi fesyen ke lantai jualan.
Untuk mengetahui maklumat yang lebih terperinci mengenai AFP, anda boleh layari laman web: https://aeonretail.com.my/fashion/afp/ ataupun menelusuri digital platform media sosial AEON lain seperti:
Facebook: https://www.facebook.com/aeonretail.my/
Instagram: https://www.instagram.com/aeonretail.my/?hl=en
TikTok: https://www.tiktok.com/@aeonretailmalaysia?lang=en
Twitter: https://twitter.com/aeonretailmy?lang=en — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram