Kekal ‘chill’ & ‘style’ dengan koleksi kasut Geox


  • Bizz
  • Sabtu, 23 Dis 2023

Keselesaan kasut sneaker dengan tapak luar kalis air.

JENAMA terkemuka, Geox sekali lagi menambat hati ramai dengan koleksi terbaharu untuk musim luruh dan sejuk 2023/24 ini.

Pelbagai keistimewaan yang diberikan khas buat sang pemakai baik lelaki mahupun wanita.

Terkenal dengan reka bentuk dan inovasi terkini, Geox menampilkan ciri-ciri padu berkonsepkan penyatuan gaya berserta inovasi terkini.

msg1050426791-21062

Reka bentuk estetik yang memberi gaya klasik namun cukup bergaya.

Rekaan terbaharu itu juga menggabungkan gaya Itali, nilai estetik klasik yang dipadankan dengan teknologi kebolehnafasan, kalis air dan thermo-regulation.

Koleksi Spherica menawarkan peralihan daripada gaya moden formal kepada lebih santai dan tetap kelihatan eksklusif.

Rasakan sentuhan kaki yang lebih selesa dengan sistem kusyen dan rekaan tapak luar dibuat khas daripada bahan premium dan permukaan tidak licin.

msg1050426791-21064

Kombinasi gaya santai dan maskulin menampilkan ciri-ciri kelelakian jejaka Itali.

Bagi lelaki yang mahukan gaya lebih maskulin tetapi santai, koleksi Fluctis dengan gabungan tampalan kulit dan fabrik pasti menjadi pilihan.

Bukan itu sahaja, koleksi itu juga menawarkan pelbagai jenis bentuk dan gaya untuk memenuhi permintaan wanita setiap hari dengan harga yang mampu milik.

Geox juga ada menyediakan pelbagai kasut feminin yang bercirikan tumit tinggi dan bermotif kulit buaya mewah untuk gaya yang lebih anggun.

msg1050426791-21061

Kasut bertumit dengan kulit premium yang menambah keanggunan wanita.

Manakala kasut bertumit rendah, balet, loafer dan kasut but setinggi paras buku lali memperlihatkan ciri klasik dengan hiasan butang logam berwarna emas.

Kesemua rekaan koleksi terbaharu akan berada di semua butik Geox di Malaysia dan anda juga boleh dapatkannya di pelbagai aplikasi membeli-belah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram