PADA 12 Mei lalu, seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di tepi jalan berhampiran Gua Tempurung, Gopeng, Perak.
Memetik laporan Sinar Harian, Susulan kejadian itu, Jabatan Kebajikan Masyakarakat (JKM) sedang mengesan waris kepada bayi perempuan yang ditinggalkan itu.
Pegawai JKM Daerah Kampar, Rashidah Abdullah berkata, bayi berusia tidak sampai sebulan itu telah menerima rawatan selengkapnya dan kini berada dalam sihat di bawah jagaan JKM.
BACA LAGI: PRK Sg Bakap: BN jamin bantu calon Perpaduan — Ahmad Zahid
BACA LAGI: Rehat lama, belum dapat rentak sukarkan Tok Gajah jinakkan Harimau Selatan
"Perintah di bawah Seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001 telah diperoleh dari Mahkamah Majistret Kampar pada Isnin.
"Bayi ini akan ditempatkan di tempat selamat. Pihak kami sedang mencari waris dan info berkaitan bagi melengkapkan proses dokumentasi," katanya pada Isnin.
Rashidah berkata, pihak berkaitan diminta tampil atau menghubungi Pegawai Pelindung JKM Daerah Kampar di talian 05-4653133 bagi membantu menyalurkan maklumat berkaitan bayi tersebut.
Sebelum ini, dilaporkan bayi perempuan cukup sifat baru dilahirkan itu ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak sekitar pukul 3.15 petang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram