[VIDEO] Lebur RM2,000 selepas dipukau dalam kedai tayar di Kluang


  • 112
  • Selasa, 21 Mei 2024

Seorang lelaki dipercayai menjadi mangsa pukau sehingga mengakibatkan duitnya sebanyak RM2,000 lesap di sebuah kedai tayar yang terletak di Jalan Langsat, Kluang, Johor pada Ahad lepas.

SEORANG lelaki bernasib malang setelah dipercayai menjadi mangsa pukau sehingga mengakibatkan duitnya sebanyak RM2,000 lesap di sebuah kedai yang terletak di Jalan Langsat, Kluang, Johor pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 4.30 petang.

"Susulan video tular di media sosial, kita menerima aduan seorang lelaki warga tempatan berusia 40-an telah kehilangan wang tunai di dalam kedai.

BACA LAGI: Bakal wakili Malaysia ke Korea, pasukan Inovasi SMKA Kedah rangkul pingat emas Pameran Pencipta Muda Dunia

BACA LAGI: 'Tuah join saat akhir', ukiran kayu tembus pola bujang juarai Pertandingan Bakat Seni Kraf Remaja

"Hasil siasatan mendapati wang tunai yang hilang berjumlah RM2,000.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan seorang lelaki memakai topi berwarna hitam, pelitup muka (face mask), beg slang hitam, berseluar pendek dan berbaju t-shirt, warna coklat telah masuk ke kedai berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, kes di siasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerusi talian 07-7784222, 07-7766822 dan 014-3656822.

Sebelum ini, tular rakaman mengenai pemilik kedai yang menyerahkan wang dari mesin tunai kepada seorang pelanggan.

Pelanggan itu dipercayai berpura-pura seolah-olah mahu membeli barangan dan pergi ke bilik pemilik kedai untuk membayar barangan yang ingin dibeli. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram