[VIDEO] Bukan setakat berderet rekod jenayah, suspek libas parang, samun kedai runcit dalam keadaan khayal — Polis


  • 112
  • Isnin, 20 Mei 2024

Tangkap layar video tular mengenai kejadian samun terbabit yang tersebar sejak Sabtu.

POLIS menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes cubaan samun menggunakan parang di sebuah kedai runcit di Jalan Raja Muda, Kampung Baru, Kuala Lumpur seperti yang tular di media sosial sejak Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, tangkapan itu dilakukan pada Ahad selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit pada kira-kira pukul 12.08 tengah hari.

"Susulan itu usaha memburu suspek dijalankan dan pihak polis berjaya menahan suspek di tepi Jalan Datuk Abdullah Yasin, Kampung Baru kira-kira pukul 2.54 petang. Turut dirampas sebilah parang berukuran 46 sentimeter," katanya dalam satu kenyataan.

BACA LAGI: Dua reformasi pilihan raya lebih mendesak berbanding isu pelantikan ahli, Pengerusi SPR

BACA LAGI: Iklan kerja kosong PBT terima kecaman, ramai anggap sekadar wayang padahal dah ada calon kabel

2702495 (1)

Tangkap layar video memaparkan lelaki berkenaan melibas parang ke arah pekerja di kedai terbabit.

Katanya, suspek yang tidak bekerja dan berusia berumur 46 tahun itu turut didapati positif dadah ketika ditahan.

Ujar beliau, lelaki terbabit juga turut memiliki 14 rekod kesalahan jenayah terdiri daripada kesalahan jenayah dan dadah.

Noor Dellhan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Majoriti melaporkan video tular memaparkan kejadian samun di sebuah premis yang menyaksikan suspek cuba melibas parang ke arah pekerja kedai berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram