PERKESO senarai 5 sektor guna tenaga dijangka berkembang dalam pasaran buruh negara


  • Massa
  • Isnin, 20 Mei 2024

Jumlah peningkatan pasaran buruh dalam beberapa sektor besar di Malaysia menyumbang kepada kadar peratusan pengangguran. — Gambar hiasan/The Star

MALAYSIA menyaksikan pertumbuhan konsisten selepas pandemik Covid-19 terutamanya dalam pasaran buruh apabila penganalisis daripada Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga BI) melaporkan bahawa ia kekal stabil dengan purata kadar pengangguran sebanyak 2.3 peratus pada 2024 berbanding 2023.

Malah pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pula diunjurkan mencecah 3.3 peratus pada suku pertama 2024 dengan keseluruhan jangkaan pertumbuhan KDNK 2024 antara 4.5 hingga 5 peratus.

Jumlah peratusan itu juga didorong oleh sektor pekerjaan yang bergiat aktif dalam memberi sumbangan kepada peningkatan ekonomi negara.

BACA LAGI: Tak sampai sejam dah siap, peguam syarie kongsi pengalaman mudah daftar caruman SKSPS PERKESO

BACA LAGI: Gagal daftar dan carumkan pekerja dengan PERKESO, majikan diberi tempoh hingga 31 Mei jika enggan didenda RM10,000, 2 tahun penjara

msg1050426791-32424

Sektor pertanian antara sektor besar dijangka berkembang dalam pada 2024. — Gambar hiasan

Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Analisa Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) justeru menyenaraikan lima sektor yang dijangka berkembang terutama dalam pasaran buruh Malaysia.

Antaranya adalah sektor pertanian, pembuatan, perkhidmatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian.

Bagi sektor pertanian, ia berkembang sebanyak 10.1 peratus dan dijangka akan meningkat lebih 5 peratus.

Diiikuti pula dengan sektor perkhidmatan yang diramal meningkat sebanyak 3 peratus manakala pembinaan, perlombongan dan pengkuarian pula melonjak sebanyak 1 peratus.

msg1050426791-32422

Meskipun sektor perkhidmatan mencatatkan penurunan pada 2023, namun ia masih diramal akan meningkat pada 2024. — Gambar hiasan

Menurut bahagian itu, pertumbuhan sebenar dalam guna tenaga bagi setiap sektor terbabit turut mencatatkan peningkatan pada penghujung 2023.

Namun, sektor pembuatan dan perkhidmatan mencatatkan mencatatkan kadar pertumbuhan lebih rendah daripada jangkaan pada 3 peratus dan 1.8 peratus berdasarkan laporan PERKESO berhubung pertumbuhan progresif dalam pekerjaan pada 2023.

Kadar pertumbuhan yang lebih rendah dalam sektor besar itu sekali gus menyumbang kepada kadar pengangguran kekal pada 3.4 peratus akhir 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed bagaimanapun berkata, buat masa ini, pasaran buruh menunjukkan perubahan ketara dalam mobiliti pekerjaan pekerja sektor swasta.

msg1050426791-32423

Karnival MYFutureJobs yang dilaksanakan PERKESO antara usaha untuk meningkatkan lagi pasaran buruh di Malaysia. — Gambar hiasan/PERKESO

Katanya, mobiliti pekerjaan dalam pasaran buruh mengalami penurunan ketara iaitu sebanyak 18 peratus dari 2019 hingga 2023 seperti penurunan kadar pengambilan pekerja daripada 1.8 kepada 1.5 peratus.

Beliau menjelaskan, sebahagian besar penyumbang utama kepada kehilangan pekerjaan adalah Skim Pemisahan Sukarela (VSS), pengecilan saiz operasi, penutupan perniagaan dan kesukaran kewangan.

Namun, selari dengan usaha untuk meningkatkan lagi pasaran buruh Malaysia, portal MYFutureJobs diperkenalkan PERKESO sejak 2020 itu terus memainkan peranan sebagai infrastruktur pasaran buruh semasa yang juga berfungsi menyediakan maklumat keperluan industri dan profil tenaga kerja semasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram