Pemandu mabuk tak mengaku salah langgar Nur Masyitah Lebuhraya EDL


Tertuduh (kanan) yang didakwa di didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor pada Khamis.

PEMANDU yang melanggar atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah Md Elias 11 Mei lalu didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor pada Khamis.

Memetik laporan Buletin TV 3, Tertuduh, R Dhinesh, 31, bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.

Ketika prosiding, Dinesh didakwa memandu kereta Toyota Vios dalam pengaruh alkohol dengan kadar kandungannya dalam badan sebanyak 178 miligram (100 milimeter), 50 miligram melebihi daripada had ditetapkan iaitu 128 miligram (100 milimeter).

BACA LAGI: Pemandu mabuk langgar Siti Nurul Masyitah sah memandu bawah pengaruh alkohol, ada 7 saman trafik tertunggak

BACA LAGI: Atlet kayak Malaysia parah diseret 600m pemandu mabuk di Lebuhraya EDL

2694835

Masyitah (kanan) cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu mabuk di Lebuhraya EDL, Johor pada Sabtu.

Akibat kemalangan itu, mangsa tidak sedarkan diri selama beberapa hari selepas kereta yang dipandu tertuduh merempuh dan mengheretnya sejauh kira-kira 600 meter.

Terdahulu, saksi kejadian memberitahu bahawa kereta dipandu tertuduh dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum melanggar Masyitah yang menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat sebelum ini berkata, pemandu tersebut dilepaskan dengan jaminan polis selepas didapati tidak mempunyai rekod jenayah lampau. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram