Bayi 9 bulan, ibu antara korban nahas kereta terbabas di Semporna


  • 112
  • Ahad, 12 Mei 2024

Kemalangan membabitkan Perodua Viva dengan Toyota Avanza mengorbankan tiga sekeluarga. — Orang Awam

TIGA orang termasuk ibu bersama bayi berusia sembilan bulan maut, manakala tiga lagi ahli keluarga mereka parah dalam kemalangan di Kilometer 32 Jalan Semporna-Tawau, Sabah pada Sabtu.

Kemalangan kira-kira pukul 4.50 petang itu membabitkan kereta Toyota Avanza dipandu seorang guru lelaki berumur 46 tahun bersama dua penumpang warga China dan Perodua Viva dinaiki enam sekeluarga terbabit.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, tiga mangsa terkorban itu disahkan adalah penumpang Perodua Viva yang dinaiki enam sekeluarga dari Kampung Simunul, Semporna.

BACA LAGI: Tarikh umum SPM kekal: ramai kasihan 'batch 06' banyak hilang momen istimewa

BACA LAGI: Guru sekolah agama tampar, cekik 4 pelajar intai merokok ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah

441286500_828344409326029_2881057590741978912_n

Tiga sekeluarga maut manakala tiga sekeluarga lagi parah dalam kemalanagan di Sabah.

"Mangsa yang maut ialah isteri kepada pemandu Perodua Viva berumur 24 tahun, bayi perempuan dan ibu saudara mereka 66 tahun, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Semporna.

"Selain pemandu Perodua Viva (bapa) yang cedera parah di kepala dan patah rusuk kanan dua lagi anak mangsa masing-masing kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia tujuh dan sepuluh tahun turut mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan tangan dan patah paha kanan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Farhan berkata, insiden berlaku ketika kereta Perodua Viva berkenaan dalam perjalanan pulang dari Tawau menuju ke kediaman mereka di Semporna manakala Toyota Avanza dari arah Pekan Semporna menuju ke Tawau.

Menurutnya, siasatan awal mendapati setiba di tempat kejadian, pemandu Perodua Viva dikatakan telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Toyota Avanza yang datang dari arah hadapan.

Katanya, mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat serta orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans.

"Pemandu Toyota Avanza tidak mengalami sebarang kecederaan manakala dua lagi penumpang dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan sebelum meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Tawau untuk pulang ke negara asal.

"Bagaimanapun, susulan kemalangan itu, guru terbabit ditahan dan dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Polis Trafik Semporna bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram