KPM pertimbang ubah tarikh umum keputusan SPM 2023


  • Primer
  • Jumaat, 10 Mei 2024

Kemungkinan menukar tarikh keputusan SPM 2023 akan dipertimbangkan KPM. — Gambar hiasan

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan cadangan semua pihak termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) untuk mengeluarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan pada 27 Mei ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh menegaskan, perkara itu akan dibincangkan secara menyeluruh dengan pihak berkepentingan sebelum keputusan dibuat.

"Seperti yang saya nyatakan, kerajaan terbuka untuk mendengar. KPM juga akan mempertimbangkan pandangan semua pihak. Beri kami sedikit masa sebelum sebarang keputusan atau kenyataan rasmi mengenai perkara itu," katanya pada Jumaat.

BACA LAGI: Keputusan SPM diumum 27 Mei

BACA LAGI: Tukar tarikh umum keputusan SPM ke 23 Mei demi mudahkan guru — NUTP

2115504

Keputusan SPM 2023 digesa untuk dikeluarkan lebih awal. — Gambar hiasan

Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa agar KPM mengeluarkan keputusan SPM 2023 lebih awal iaitu pada 23 Mei ini.

Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon dalam satu kenyataan berkata, ia susulan para guru yang sudah membuat perancangan awal sempena cuti persekolahan yang bermula pada 25 Mei ini. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram