BERSEMPENA sambutan Hari Ibu Bapa, pasti anda tercari-cari cara untuk meluahkan perasaan dalam menyatakan penghargaan atas jasa dan pengorbanan kedua-dua orang tua anda.
Semestinya ada sebahagian daripada kita mencari detik atau momen terbaik untuk membalas kasih sayang dan susah payah yang telah dicurahkan oleh ibu bapa masing-masing.
Apatah lagi dalam kesibukan pekerjaan atau jadual yang padat membuatkan kita kurang untuk meluangkan masa bersama orang tua tercinta.
Namun, jangan risau, jom sama-sama meraikan sambutan Hari Ibu Bapa anjuran Majoriti !
Mulai 6 Mei hingga 16 Jun 2024, pelanggan Majoriti boleh berkongsi memori paling berharga bersama kedua-dua ibu bapa dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM1,500.
BACA LAGI: Pernah rasa diri tiada 'luck', pekerja IT tak sangka mudah menangi hadiah mingguan kempen Majoriti
BACA LAGI: Pereka grafik, jururawat antara 7 diumum pemenang ganjaran utama Kempen Majoriti Langgan dan Menang
Antara yang menarik untuk dimenangi termasulah hadiah lumayan seperti Jam Fitbit Luxe bernilai RM618, set kuali Cosmic Cookware bernilai RM617, e-baucar Touch 'n Go bernilai RM300 dan juga e-baucar Thai Odyssey bernilai RM200.
Apabila kita bersama-sama berkongsi momen kasih sayang dan sokongan yang ditunjukkan ibu bapa, ia secara tidak langsung mengingatkan mengenai pentingnya untuk memperkukuhkan hubungan dalam kalangan ahli keluarga dan masyarakat.
Hanya melalui hubungan kekeluargaan ini, kita dapat membentuk komuniti yang lebih kukuh dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
Apatah, dalam dunia sekarang, di mana komunikasi berlaku secara digital, dengan mudah seseorang itu akan alpa mengenai pentingnya untuk menunjukkan penghargaan kepada ibu bapa.
Sehubungan itu, Majoriti menerusi sambutan Hari Ibu Bapa menawarkan peluang terbaik untuk anda meluangkan masa daripada kesibukan kerja untuk meluahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada ibu bapa anda.
Pelbagai hadiah menarik menunggu pemenang bertuah hasil pemilihan yang dijalankan bagi meningkatkan dan memperkaya pengalaman serta kemahiran keibubapaan.
Daripada peranti pintar kepada baucar hadiah, setiap daripadanya dipilih secara teliti dengan mengutamakan kegembiraan dan cabaran dalam membesarkan anak-anak.
Jadi, inilah masanya untuk anda menghargai insan yang penting dalam hidup dengan menyampaikan hadiah yang melambangkan kasih sayang dan sokongan mereka.
Jangan lepaskan peluang ini untuk meraikan ibu bapa anda dan menangi pelbagai hadiah menarik dengan melayari laman web peraduan ini
[bit.ly/majoritiselamathariibubapa24_5] serta kongsikan memori paling berharga bersama ibu bapa anda.
Jadi tunggu apa lagi? Jom raikan ibu bapa anda bersama Majoriti sekarang! Tertakluk kepada terma dan syarat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram