Dua pemenang baucar AEON RM25,000 mahu belanja keluarga, beli peti ais baharu


  • Massa
  • Selasa, 30 Apr 2024

Ahmad Syamil (kiri) dan Jeevarupini membawa pulang baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (AEON) bernilai RM25,000.

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

Ketika mengambil keputusan untuk menyertai Kempen Majoriti Langgan dan Menang, Ahmad Syamil Ahmad Termizi, 41, tidak meletakkan sebarang harapan untuk memenangi sebarang ganjaran dan hadiah utama dalam peraduan tersebut.

Pada waktu itu, dia yang berasal dari Ipoh, Perak hanya memikirkan untuk mendapatkan baucar percuma Starbucks bernilai RM10 dan Chef Wan Group of Restaurants bernilai RM30 yang diberikan bagi setiap langganan dibuat menerusi kempen berkenaan.

Namun, takdir memperlihatkan tuah buat Ahmad Syamil selepas dia diumumkan sebagai pemenang hadiah pertama Kempen Majoriti Langgan dan Menang apabila membawa pulang baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (AEON) bernilai RM25,000.

Menurutnya, ketika dihubungi dan dimaklumkan bahawa dirinya merupakan sebagai salah seorang pemenang utama, dia seakan-akan tidak percaya dengan maklumat yang diterima itu.

"Mula-mula memang tak percaya sebab yang ikut serta peraduan ini satu Malaysia. Kemudian saya pun tidak dapat mana-mana hadiah mingguan yang disediakan," katanya ketika ditemui Majoriti.

BACA LAGI: [VIDEO] Berkat jaga ibu dan kakak OKU, Roslizam menang kondominium mewah RM602,800

Majoriti's Langgan dan Menang grand winners announcement. —YAP CHEE HONG/The Star

Seramai tujuh pemenang diumumkan membawa pulang hadiah dan ganjaran utama dalam Kempen Majoriti Langgan dan Menang tersebut.

Majlis pengumuman pemenang ganjaran dan hadiah utama Kempen Majoriti Langgan dan Menang itu diadakan di OSK Mori Park Sales Gallery, Shah Alam, Selangor, pada Selasa.

Acara yang berlangsung dalam suasana meriah itu menyaksikan seramai tujuh pemenang diumumkan bagi membawa pulang hadiah lumayan dalam peraduan tersebut.

OSK Mori Park merupakan kawasan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) pertama di Seksyen 13, Shah Alam yang menghubungkan pembangunan pelan induk ke LRT3, Stesen Stadium Shah Alam dengan jarak hanya lebih kurang 800 meter.

Mori Park merupakan perbandaran ikonik baharu yang menawarkan akses mudah ke pelbagai kemudahan awam sedia ada seperti kedai runcit, pusat rekreasi, kemudahan perubatan, institusi pendidikan dan pejabat.

Fasa 1 Mori Park yang dinamakan sebagai Alia, disasar akan dilancarkan pada suku kedua 2024. Kawasan ini merupakan pembangunan bercampur terdiri daripada 22 unit lot runcit, 76 unit flexi suite dan 812 unit pangsapuri servis.

Majoriti's Langgan dan Menang grand winners announcement. —YAP CHEE HONG/The Star

Antara pemenang yang hadir pada majlis pengumuman hadiah utama Kempen Majoriti Langgan dan Menang yang diadakan di OSK Mori Park Sales Gallery, Shah Alam pada Selasa.

BACA LAGI: Percutian ke Taiwan hadiah paling bermakna buat 2 pemenang Kempen Majoriti Langgan dan Menang

Mengulas mengenai pembelian yang akan dibuat daripada baucar dimenangi itu, Ahmad Syamil yang bekerja sebagai jurutera marin berkata, dia masih sedang memikirkan mengenai barangan yang bakal dibeli.

"Sekarang ini tengah susun apa yang paling utama nak bayar. Kemudian mungkin akan belanja keluarga dan kawan-kawan barangan runcit di AEON," ujarnya.

Dalam pada itu, seorang lagi pemenang baucar e-hadiah AEON bernilai RM25,000, Jeevarupini Gnanendran, 34, berkata, dia merancang membuat pembelian peti ais baharu di rumahnya yang sudah dirancang sejak setahun lalu.

Menurutnya, dia tidak menyangka akan menerima panggilan daripada Majoriti selepas sudah melakukan langganan bagi menyertai peraduan itu sejak September tahun lalu.

"Saya menyasarkan untuk memenangi rumah, tetapi hadiah kedua adalah sama hebatnya kerana kami juga memang sering membeli-belah di AEON," katanya yang pernah berkhidmat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram