PN akan hantar petisyen jika kalah PRK KKB, dakwa ada bukti kesalahan pilihan raya


  • Politik
  • Selasa, 07 Mei 2024

Takiyuddin mendakwa PH telah melakukan salah guna kuasa dan menyalahgunakan jentera kerajaan sebelum dan semasa kempen pilihan raya kecil.

PERIKATAN Nasional bakal memfailkan petisyen pilihan raya jika Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) dengan mendakwa mereka mempunyai bukti besar kesalahan pilihan raya yang dilakukan pihak lawan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa PH telah melakukan salah guna kuasa dan menyalahgunakan jentera kerajaan sebelum dan semasa kempen pilihan raya kecil.

“Kalau Pakatan menang, kita akan failkan petisyen pilihan raya. Kita ada kes seperti di Kuala Terengganu dan Kemaman.

BACA LAGI: PRK KKB: Pinjam along, sampul raya antara 4 kontroversi hangatkan suhu minggu pertama kempen

BACA LAGI: Latar belakang pendidikan calon jadi pertikaian? Ini pandangan pengundi PRK KKB

"Kami mempunyai bukti video dan keterangan yang dirakamkan," kata Ahli Parlimen Kota Baru itu selepas pelancaran manifesto calon PN, Khairul Azhari Saut di Hulu Selangor, Selangor pada Isnin.

Kontroversi timbul baru-baru ini selepas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

Nga bagaimanapun menegaskan langkah itu tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana peruntukan terbabit diumumkan sebelum hari penamaan calon dan bukannya semasa tempoh berkempen. — The Star/TARRENCE TAN/KHOO GEK SAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram