PRK KKB: PAS guna taktik di Kelantan, Terengganu atasi isu peratusan undi rendah


  • Politik
  • Isnin, 06 Mei 2024

PN pasti bercita-cita besar untuk merampas semula Kuala Kubu Bharu dalam persaingan empat penjuru dalam PRK kali ini.

PERIKATAN Nasional (PN) tidak gusar akan kemungkinan peratusan keluar undi rendah ketika hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada Sabtu.

Ini kerana Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yakin pihaknya mampu menarik perhatian pengundi luar untuk hadir dan memberikan undian masing-masing.

"Kami ada pengalaman dengan pengundi luar dan kami akan menggunakan kemampuan untuk memujuk mereka untuk pulang mengundi kerana ramai daripada mereka tidaklah tinggal jauh daripada KKB.

BACA LAGI: PRK KKB: Pinjam along, sampul raya antara 4 kontroversi hangatkan suhu minggu pertama kempen

BACA LAGI: Latar belakang pendidikan calon jadi pertikaian? Ini pandangan pengundi PRK KKB

Exclusive interview with Tganu MB Ahmad Samsuri Mokhtar. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Samsuri yakin akan peluang PN dalam PRK Kuala Kubu Bharu.

"Saya yakin mereka akan menunaikan tanggungjawab masing-masing," kata Ahmad Samsuri kepada pemberita selepas ceramah PN di Batang Kali, Selangor pada Ahad.

Menurut Menteri Besar Terengganu itu, peratusan pengundi luar di KKB tidaklah terlalu besar sekiranya dibandingkan dengan pengalaman mereka di Kelantan dan Terengganu.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri yakin PN mampu meraih kemenangan dalam PRK kali ini selagi berpeluang menyelesaikan isu penduduk selain memastikan peratusan mengundi tinggi dalam kalangan penduduk Melayu.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang juga dijangka turun berkempen bagi pilihan raya berkenaan pada Khamis, iaitu pada hari kedua terakhir tempoh berkempen.

"Seluruh pimpinan sudah memilih tarikh untuk hadir, bermula tarikh penamaan calon sehingga penghujungnya. Berdasarkam trend ini, sokongan maksimum diberikan PAS," katanya.

PRK KKB menyaksikan perebutan empat penjuru antara calon PN, Khairul Azhari Saut, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan, Hafizah Zainudin dari Parti Rakyat Malaysia sementaa Nyau Ke Xin bertanding bawah tiket bebas. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram