CALON Perikatan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut menafikan dakwaan bahawa dia berhutang dengan along.
Menurutnya, dia ada melakukan pinjaman sebelum ini dengan perkara demikian adalah sesuatu yang normal bagi seseorang dalam bidang keusahawanan.
"Semua usahawan ada membuat hutang, tetapi apa yang lebih penting adalah saya tidak berhutang dengan along," katanya dalam satu sesi sidang media pada Sabtu.
BACA LAGI: ‘Saya hari-hari berkomunikasi dengan PM', Amirudin sangkal dakwaan Anwar boikot kempen PRK KKB
Khairul Azhari (kanan) mahu memberikan tumpuan terhadap kempen PRK Kuala Kubu Bharu.
BACA LAGI: SPR sahkan 4 calon bertanding PRK KKB, Chng 'tercicir' borang tak lengkap
Khairul Azhari berkata, perkara sedemikian adalah sama apabila isu mengenai latar belakang pendidikannya timbul menjelang PRK tidak lama lagi.
Pada Jumaat, calon berusia 54 tahun berkenaan pernah mengelak soalan daripada pihak media ketika ditemui di Kerling, Selangor, namun bersedia untuk menjawabnya kerana dirasakan ini adalah masa sesuai untuk menepis dakwaan terhadapnya.
Perkara tersebut timbul selepas terdapat spekulasi di media sosial mengatakan Khairul Azhari berhutang sebanyak RM40,000 dengan along.
Pengerusi Perikatan Nasional Selangor, Datuk Seri Azmin Ali turut memberi sokongan terhadap Khairul Azhari dengan mengatakan tohmahan dilemparkan terhadapnya adalah satu fitnah.
"Ini adalah satu perkara tidak betul untuk mengatakan dia berhutang dengan along," katanya dalam satu sesi temu bual pada Jumaat. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram