SEORANG lelaki cedera parah selepas dipukul sekumpulan individu di Taman Lian Seng dekat Kluang, Johor Jumaat lalu.
Turut tular beberapa video memaparkan mangsa dipukul beramai-ramai di laman media sosial X (Twitter) pada Sabtu.
"Kejadian malam tadi (Jumaat), kes gaduh dekat Kluang," ciapnya.
Melalui salah satu video yang dikongsikan, mangsa dipukul dan ditendang berkali-kali di kepala sehingga lemah.
Lebih malang lagi, rayuan mangsa untuk tidak dipukul tidak dihiraukan. Seorang lelaki turut menghentak kepala mangsa menggunakan rim kereta.
Dalam video berasingan, mangsa juga dilihat cuba melarikan diri tetapi dihalang penyerang.
BACA LAGI: [VIDEO] Remaja 13 tahun mengaku bersalah bakar anak kucing hidup-hidup di pangsapuri Kajang
Nak gaduh yg setakat gaduh, jgn main kepala. Kalau nak bunuh ha silakan. Kluang kan garing hshshshs https://t.co/WGAhhNzYsN
— Jane (@kednevercare) May 5, 2024
Sementara itu, polis menahan tiga lelaki dalam serbuan berasingan Sabtu ekoran daripada insiden tersebut.
Suspek yang berusia antara 20 dan 30 tahun masing-masing ditahan di Jalan Ladang Nenas, Simpang Renggam dan di Iskandar Puteri pada pukul 1.15 pagi.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, ketiga-tiga suspek didapati negatif dadah tetapi seorang daripada mereka mempunyai dua rekod jenayah lampau.
Katanya, mangsa yang cedera parah patah rahang dan buku lali, serta mengalami kecederaan di seluruh badan dimasukkan ke Hospital Kluang
"Suspek dipercayai menyerang mangsa menggunakan objek tumpul yang diambil dari bengkel motosikal berhampiran," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Bahrin berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif di sebalik serangan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram