‘Saya hari-hari berkomunikasi dengan PM', Amirudin sangkal dakwaan Anwar boikot kempen PRK KKB


  • Politik
  • Jumaat, 03 Mei 2024

Amirudin ketika membuat tinjauan di gerai makanan di Majlis Perasmian Penjenamaan Semula Perpustakaan Syed Mashor Perpustakaan Awam Selangor Daerah Hulu, Selangor di KKB, Selangor pada Jumaat.

KETIDAKHADIRAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kempen PIlihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bahru (KKB) ketika ini tiada kena mengena dengan sebarang tindakan boikot oleh pemimpin tersebut.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sentimen tersebut adalah tidak benar sama sekali.

“PM tak turun ke Simpang Jeram (PRK), dan tidak boikot. PM turun ke Pulai sahaja sesuai dengan tanggungjawab beliau di Parlimen.

“Itu sentimen yang sangat tidak betul. Saya sendiri bincang dengan PM. PM sendiri rasa kalau beliau perlu turun beliau akan turun.

“Saya rasa itu cuma pandangan yang tak tepat langsung sebab saya hari-hari berkomunikasi dengan beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Penjenamaan Semula Perpustakaan Syed Mashor Perpustakaan Awam Selangor Daerah Hulu, Selangor di KKB, Selangor pada Jumaat.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada Isnin memberi bayangan Anwar mungkin tidak akan turun berkempen bagi calon PH, Pang Sock Tao dalam PRK di KKB.

BACA LAGI: Ramai akui ketagih manis, Kempen Tolak Gula PERKESO 'jentik' hati golongan muda

1078891

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

BACA LAGI: Lebih 3.5 juta orang dewasa tidak sedar hidap pradiabetes, kerajaan galak buat saringan awal

Fahmi kenyataannya, Fahmi berkata adalah menjadi 'tradisi' dalam beberapa siri PRK sebelum ini untuk perdana menteri tidak turun berkempen.

Dalam pada itu, seorang pemimpin PAS turut menimbulkan tanda tanya mengenai ketikdakhadiran perdana menteri ketika kempen.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari tampil mempersoalkan sama ada tindakan itu dilakukan kerana Anwar sedang memboikot pilihan raya kecil yang sedang berlangsung.

Kenyataan beliau terbabit merupakan susulan bagi membalas dakwaan daripada Fahmi yang sebelum itu mempersoalkan ketiadaan pemimpin PAS ketika hari penamaan calon pada Sabtu lalu dengan menyamakannya sebagai tindakan boikot daripada parti berkenaan terhadap calon ditampilkan Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, ditanya mengenai sama ada Anwar bakal turun pada kempen PRK kali ini, Amirudin berkata, perkara itu bergantung kepada keperluan semasa.

“Kita lihat kepada kesediaan. Beliau agak sibuk dan baru pulang dari Riyadh (Arab Saudi), ada beberapa urusan tertentu dan kita faham dan setakat ini keadaan agak terkawal.

“Dan sebelum ini pun kita boleh praktis kerana tidak semua pilihan raya kecil pun PM turun,” ujarnya.

PRK Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 11 Mei dan 7 Mei untuk pengundian awal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram