JPJ keluar notis panggil semula 600 unit SUV Chery Omoda 5


  • Primer
  • Jumaat, 03 Mei 2024

Sebelum ini, Chery Malaysia tampil memberikan penjelasan berhubung insiden melibatkan sebuah model kenderaanya, OMODA 5 yang tular selepas mengalami kerosakan komponen pada bahagian gandar (axle).

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengarahkan pemanggilan semula 600 unit kenderaan model Omoda 5 keluaran Chery berkuat kuasa pada Jumaat, susulan insiden yang tular di media sosial pada 28 April lalu.

JPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah memanggil Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd bagi menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu berkenaan demi memastikan keselamatan pemilik kenderaan serta pengguna jalan raya.

"Pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi oleh pihak syarikat bagi menempah slot pemeriksaan masing-masing atau pemilik kenderaan boleh walk-in ke mana-mana pusat servis berhampiran di seluruh negara.

BACA LAGI: [VIDEO] Siasatlah kalau SPRM nak siasat — Dr Dzulkefly Ahmad

"Mana-mana komponen yang terlibat dengan isu ini akan digantikan, dengan semua kos akan ditanggung Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd," katanya dalam kenyataan.

JPJ memaklumkan jabatan itu akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula itu dan komited untuk memastikan semua unit yang terlibat diperiksa, disahkan selamat serta proses penggantian gandar dilaksanakan bagi kenderaan yang terkesan.

Sehubungan itu, JPJ menasihatkan semua pemilik kenderaan model Omoda 5 untuk membuat perancangan bagi membolehkan proses pemanggilan semula dan pemeriksaan kenderaan dapat dijalankan secepat mungkin.

BACA LAGI: Kes tular 'back axle' putus tiba-tiba, Chery panggil semula semua pelanggan terjejas, buka ruang buat pemeriksaan

Omoda

Seorang pemilik Omoda 5 memuat naik mengenai kenderaan miliknya yang mengalami kerosakan di bahagian gandar belakang ketika sedang memandu pada 28 April lalu.

Pemilik kenderaan yang terlibat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian khidmat pelanggan Chery Malaysia di talian 03-2771 7070, menghubungi pusat jualan Chery Auto Malaysia yang terdekat atau melayari laman sesawang www.chery.my.

Baru-baru ini, seorang pemilik Omoda 5 keluaran Chery memuat naik mengenai kenderaan miliknya yang mengalami kerosakan di bahagian gandar belakang ketika sedang memandu dan telah mendapat maklum balas daripada Chery Auto Malaysia pada 30 April lepas.

Chery Omoda 5 merupakan kenderaan elektrik (EV) jenis Utiliti Sukan (SUV) yang dilancarkan pada Mac lepas, model itu dijual pada harga antara RM108,800 dan RM118,800. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram