SPR tubuhkan 2 pasukan penguat kuasa, pantau kempen calon PRK KKB


  • Primer
  • Sabtu, 27 Apr 2024

Ghani mengharapkan kesemua pihak akan menjalankan proses berkempen secara tenang dan harmoni.

SURUHANJAYA Pilihanraya (SPR) akan menubuhkan dua badan penguatkuasaan untuk memantau aktiviti berkempen daripada calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB).

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, kesemua bahan dan pendekataan ketika berkempen adalah dibenarkan selagi tidak melanggar elemen 3R (perkauman, agama, raja) dan tidak menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"SPR berharap proses berkempen akan diadakan dalam situasi harmoni dan menuruti undang-undang serta peraturan ditetapkan.

"Tiada sekatan diletakkan untuk parti berkempen serta pemimpin masing-masing dari segi bahan yang bakal digunakan," katanya dalam satu kenyataan.

BACA LAGI: Pengundi India, Orang Asli penentu kemenangan di Kuala Kubu Bharu — Bersatu

2665070

Seramai empat calon bertanding dalam PRK kali ini.

BACA LAGI: PRK Kuala Kubu Bharu: Persaingan sengit rebut undi Melayu, pengundi India bakal jadi penentu

Tempoh berkempen untuk PRK kali ini ditetapkan bermula selepas penamaan calon pada Sabtu dan bakal berakhir pada 10 Mei sebelum tarikh pengundian pada 11 Mei.

Pilihan raya kali ini bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru dengan Peng Sock Tao bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) sementara Perikatan Nasional mempertaruhkan Khairul Azhari Saut.

Sementara itu, Hafizah Zainuddin akan bertanding bagi Parti Rakyat Malaysia dan Nyau Ke Xin merupakan calon bebas.

PRK Kuala Kubu Bharu diadakan bagi mengisi kekosongan ditinggalkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Lee Ke Hiong yang meninggal dunia akibat barah pada Mac lalu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram