Kertas siasatan komen jelik nahas helikopter TLDM dirujuk ke Pejabat Peguam Negara — Shuhaily


  • 112
  • Khamis, 25 Apr 2024

Satu ciapan berbaur kejian dibuat terhadap mangsa nahas helikopter di kem TLDM Lumut, Perak pada Selasa.

POLIS membuka kertas siasatan terhadap seorang pengguna media sosial yang didakwa mengeluarkan komen yang memburukkan mangsa nahas dua buah helikopter terhempas di Lumut, Perak pada Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya turut merampas seunit telefon bimbit jenis iPhone 12 Pro dipercayai digunakan pemilik akaun X, Saifuddin Shafik yang membuat ciapan itu.

“Kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

"Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa yang terlibat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

BACA LAGI: Kerajaan salur RM10,000 untuk waris pegawai, anggota TLDM terbabit nahas helikopter di Lumut

City police chief Comm Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zainon press conference at IPK Kuala Lumpur.— FAIHAN GHANI/The Star

Shuhaily mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi.

BACA LAGI: Nahas helikopter Lumut: Bedah siasat 10 mangsa selesai, penghormatan terakhir di kampung halaman masing-masing

Pada Rabu, seorang pengadu membuat laporan polis terhadap pengguna media sosial itu dengan menyatakan ‘perkataan biadap’ tidak patut dikeluarkan pengguna media sosial itu.

Ini kerana keluarga mangsa masih berada dalam keadaan pilu selepas kerana kehilangan ahli keluarga dalam tragedi itu.

Meskipun ciapan itu sudah ditarik balik pengguna tersebut, ia sempat ditangkap layar orang ramai yang kemudiannya mendesak tindakan tegas diambil terhadapnya.

Selasa lalu, dua buah helikopter yang masing-masing jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) terhempas ketika Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.

Insiden berlaku ketika kedua-dua jentera itu bertembung di udara yang kemudiannya menyaksikan seramai 10 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disahkan maut di tempat kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram