PM Anwar ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas 2 helikopter terhempas di TLDM Lumut


  • Primer
  • Selasa, 23 Apr 2024

Salah sebuah helikopter yang terjatuh di kawasan di tangga stadium TLDM Lumut, Perak pada Selasa. — Facebook

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada Selasa.

Beliau turut mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kekuatan dalam menghadapi musibah tersebut.

"Negara berdukacita dengan tragedi menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.

"Mendoakan semoga roh semua yang terkorban dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa mereka. Semoga Tuhan mengasihi mereka dan memberi tempat dan kedudukan yang istimewa di sisi-Nya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

BACA LAGI: Perajurit wanita dari Sabah antara korban nahas helikopter berlanggar di udara di Lumut

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim speaks during a press conference after special meeting on ' Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022' at the prime office in Putrajaya. (27/11/2022). —AZHAR MAHFOF/The Star

Anwar mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa. — The Star

Beliau turut mengakui bahawa tragedi itu ternyata memberi kesan yang mendalam kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kehilangan besar buat negara.

Anwar berkata, satu siasatan segera akan dijalankan Kementerian Pertahanan khususnya TLDM bagi mencari punca nahas itu.

Mendoakan semoga roh semua yang terkorban dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa mereka. Semoga Tuhan mengasihi mereka dan memberi tempat dan kedudukan yang istimewa disisi-Nya.

Terdahulu, negara digemparkan dengan kejadian dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak.

BACA LAGI: [VIDEO] Saksi hiba nampak cebisan daging korban nahas 2 helikopter terhempas di Lumut

Nahas kemalangan yang meragut 10 mangsa itu melibatkan aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika menjalani Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90.

Kedua-dua helikopter yang terlibat adalah jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu berlepas dari Padang Sitiawan pada pukul 9.03 pagi.

Tentera Diraja Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Pesawat HOM (M503-3) terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Kesemua mangsa juga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram