Guru korban ketiga kemalangan ragut nyawa pasangan suami isteri di Gerik


  • 112
  • Isnin, 08 Apr 2024

Individu yang menaiki Toyota Innova yang terlibat dalam kemalangna pada Ahad itu terdiri daripada seorang lelaki dan empat wanita. — Facebook

SEORANG lagi mangsa terlibat dalam kemalangan mengorbankan pasangan suami isteri di Kilometer 51.3, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik Perak dilaporkan meninggal dunia pada malam Ahad.

Mangsa, Aminuddin Othman, 54, yang juga seorang guru merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova yang dilanggar kereta dinaiki pasangan terbabit dalam kejadian pada tengah hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, pemandu Toyota Innova itu disahkan meninggal dunia pada pukul 11.20 malam Ahad ketika menerima rawatan di Hospital Taiping.

Perkembangan itu menjadikan angka kematian dalam kemalangan terbabit meningkat kepada tiga mangsa.

BACA LAGI: MP PKR tawar diri jadi peguam Akmal Saleh

434666608_7289312901138397_1844837267735029117_n

Keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan pada Ahad. — Facebook

BACA LAGI: Warga emas ada sejarah penyakit jantung dikhuatiri hilang lepas keluar rumah di Kuala Terengganu

Difahamkan, Aminuddin bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja (1), Tanah Merah, Kelantan.

Zulkifli sebelum itu berkata, berkata, nahas berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Banjaran Titiwangsa itu berlaku selepas Proton Persona dinaiki pasangan suami isteri bersama dua anak mereka itu dipercayai memasuki laluan bertentangan ketika dari arah Gerik menghala Jeli.

“Tiba di lokasi, pemandu Proton Persona dipercayai hilang kawalan lalu termasuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Toyota Innova,” katanya.

Individu yang menaiki Toyota Innova terdiri daripada seorang lelaki dan empat wanita. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram