KPJ Healthcare semarakkan sambutan Aidilfitri bersama pesakit dan petugas barisan hadapan


  • Massa
  • Rabu, 10 Apr 2024

Chin Keat Chyuan  (kiri) ketika membuat lawatan khas ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.

KETIKA seluruh negara sedang bergembira menyambut perayaan Aidilfitri, KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) mengangkat semangat 'Care For Life' dengan meraikan barisan kakitangan, para pesakit dan kesemua petugas barisan hadapan yang banyak berkorban untuk berkhidmat tanpa kenal erti lelah, terutamanya mereka yang tidak dapat bersama keluarga untuk menyambut hari raya.

Sehubungan itu, KPJ Healthcare telah melaksanakan sebuah program komuniti ‘Jalinan Kasih’ bagi menyampaikan bantuan semasa bulan Ramadan di samping menyantuni golongan gelandangan di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Meneruskan semangat ini pada hari pertama Syawal, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan, mengambil inisiatif untuk turun padang dan melawat para pesakit dan petugas barisan hadapan.

Beliau telah meluangkan masa melawat Hospital Pakar KPJ Damansara (DSH), Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2), Balai Bomba Damansara Utama dan Balai Polis Damansara Utama bagi menzahirkan sokongan dan penghargaan kepada mereka yang bertugas sewaktu musim perayaan.

KPJ Healthcare turut membuat lawatan khas ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan Balai Bomba Taman Tun Dr Ismail yang berlokasi di Petaling Jaya, Selangor.

BACA LAGI : Ditimpa kemalangan ketika urus keluarga, suri rumah juga terima perlindungan PERKESO

PARL2661

Chin Keat Chyuan (berbaju melayu warna hijau mint) membuat lawatan khas ke Balai Bomba Taman Tun Dr Ismail.

Mengulas lanjut mengenai inisiatif tersebut, Chin melalui satu kenyataan media pada Rabu berkata, dedikasi dan pengorbanan petugas barisan hadapan yang telah banyak berjasa selama ini benar-benar memberi inspirasi yang cukup bermakna.

"Sejak dilanda wabak pandemik Covid-19, jalinan ikatan yang menghubungkan kami dengan kesemua barisan ‘frontliners’ semakin utuh saban hari kerana kami turut berkongsi tujuan dan daya tahan yang sama.

"Sehubungan itu, kami berhasrat untuk mengeratkan lagi hubungan tersebut serta ingin terus bersatu dan bersama-sama menggembleng tenaga demi memenuhi komitmen untuk berkhidmat kepada negara tercinta.

“Inisiatif program Jalinan Kasih pada ini turut membuktikan KPJ Healthcare dalam menyediakan perkhidmatan yang berlandaskan prinsip utama ‘Care For Life’ kepada komuniti," katanya.

Tambah beliau lagi, dengan jarak radius cuma 10 kilometer di antara DSH dan DSH2, yang mana kedua-dua hospital pakar tersebut merupakan ahli Mayo Clinic Care Network (MCCN).

"Syarikat akan terus berusaha untuk meningkatkan penjagaan yang mengutamakan pesakit atau patient-centric di samping memastikan penduduk di kawasan berdekatan mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti bertaraf dunia,” tambah Chin.

BACA LAGI : Pusat rehab PERKESO bertaraf dunia, ini apa yang anda perlu tahu tentang PRPTAR

PARL2390

Chin Keat Chyuan menyantuni salah seorang pesakit kanak-kanak di Hospital Pakar KPJ Damansara (DSH) pada Rabu.

Untuk makluman, pemakanan yang berkhasiat adalah penting untuk penjagaan pesakit yang holistik.

Sehubungan itu, anak syarikat KPJ Healthcare, Total Meal Solution (TMS), pembekal untuk sektor kesihatan dan penjagaan sosial, menawarkan hidangan yang lazat, berkhasiat dan mampan untuk individu di rumah atau dalam penjagaan.

Setiap kali musim perayaan, TMS menyediakan hidangan khas untuk rangkaian hospital KPJ. Untuk sambutan Aidilfitri, para pesakit akan menikmati juadah tradisional seperti rendang, nasi impit dan pelbagai juadah enak yang lain.

Dedikasi KPJ Healthcare dalam menyediakan makanan berkualiti mencerminkan komitmennya terhadap penjagaan kesihatan yang komprehensif dan penuh belas kasihan, mengutamakan setiap aspek pengalaman pesakit untuk kesejahteraan dan keselesaan secara keseluruhan.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram