Pendaki hilang lebih 17 jam lepas jatuh sungai di Gunung Nuang


  • 112
  • Isnin, 22 Apr 2024

Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam sungai di Kem Lolo, Gunung Nuang, Kampung Pangsun, di Hulu Langat, Selangor pada Ahad. — Bomba

SEORANG pendaki lelaki dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kem Lolo, Gunung Nuang, Kampung Pangsun, Hulu Langat, Selangor pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada pukul 8.11 malam.

"Seramai tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn serta sembilan ahli Pasukan Multi Skill (MUST) bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 36 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

BACA LAGI: Khai Bahar berbeza, tak sama macam pemuda lain — Ziana Zain

439491938_850756610424400_8195471970313507325_n

Operasi mencari seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam sungai di Kem Lolo, Gunung Nuang, Kampung Pangsun pada Ahad. — Bomba

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah sepentas dengan Siti Nurhaliza, Khai Bahar idam berduet bersama Ziana Zain

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi, mangsa berusia 36 tahun dilaporkan telah terjatuh ke dalam sungai, gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

"SAR pada hari kedua pula bermula pukul 10.15 pagi Isnin turut melibatkan malim gunung, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Renjer Hutan dan Jabatan Perhutanan Selangor," katanya.

Beliau berkata, sebanyak dua pasukan terlibat dalam SAR itu, di mana pasukan pertama melakukan pencarian bermula dari Kem Lolo sehingga 'campsite 1' ( mengikut aliran sungai).

"Manakala pasukan kedua melaksanakan pencarian bermula dari empangan lama ( mengikut aliran sungai sehingga 'campsite 1').

"Seterusnya kedua-dua pasukan itu akan bergabung membuat carian sehingga ke air terjun Bomoh Ali, jarak pencarian meliputi tujuh kilometer," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram