Khai Bahar berbeza, tak sama macam pemuda lain — Ziana Zain


  • Hiburan
  • Isnin, 22 Apr 2024

Ziana Zain memuji sikap anak muda seperti penyanyi, Khai Bahar dan terbuka untuk menerima ajakan duet bagi menghasilkan lagu baharu.

PENYANYI tersohor, Ziana Zain memuji sikap anak muda seperti penyanyi, Khai Bahar yang dilihat memiliki keperibadian istimewa yang berbeza daripada anak muda yang lain.

Legenda vokal tanah air itu beranggapan Khai Bahar bukan seorang pemuda yang memiliki sikap oportunis.

"Khai Bahar ini, dia bukan budak yang oportunis dan dia sangat baik orangnya.

"Dia juga seorang penyanyi yang jenis mampu menerima nasihat penyanyi bertaraf senior dengan sebaiknya," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah sepentas dengan Siti Nurhaliza, Khai Bahar idam berduet bersama Ziana Zain

WhatsApp Image 2024-04-22 at 11.58.44 AM

Ziana Zain bakal mengadakan Ziana Zain Concert 2024 di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2024.

BACA LAGI: Ziana Zain masuk gim, berlari 'bina muscle' demi gegarkan pentas Mega Star Arena pada 25 Mei depan

Sebelum ini, Khai Bahar pernah mendedahkan bahawa punca dia mampu mencapai teknik vokal luar biasa adalah disebabkan kerap berlatih menyanyikan lagu Ziana Zain.

Khai Bahar juga menyatakan bahawa dia pernah bergandingan bersama penyanyi hebat seperti Datuk Siti Nurhaliza namun sama sekali belum memiliki peluang untuk tampil sepentas dengan Ziana Zain.

Menurut Ziana atau lebih dikenali sebagai Kak Ji, dia sangat terbuka untuk menerima lamaran daripada Khai Bahar bagi menghasilkan sesebuah lagu bersama.

"Saya sangat terbuka, jadi kalau ada rezeki kenapa tidak," katanya.

Selepas persembahannya di Anugerah Juara Lagu ke-28 mendapat standing ovation, penyanyi lagu Kemelut Di Muara Kasih itu mendedahkan sudah tidak sabar untuk menghasilkan lagu terbaharu.

"Kak Ji nak selesaikan Ziana Zain Concert 2024 dahulu. Dah tak sabar untuk ada lagu baharu. Kak Ji rasa seronok nak keluarkan lagu.

"Tetapi Kak Ji juga tidak mahu buat lagu secara terburu-buru kerana berharap single kali ini mampu mengubati rindu peminat-peminat," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram