[VIDEO] Baru beli rumah sudah ada macam-macam masalah termasuk dinding berlubang


  • Tular
  • Sabtu, 20 Apr 2024

Tangkap layar keadaan unit kediaman berkenaan yang dipenuhi lubang selain masalah struktur bangunan yang tidak kukuh.

TULAR di media sosial mengenai sebuah unit kediaman yang mengalami kecacatan pada dinding dan struktur bangunan.

Lebih membimbangkan, disebalik kecacatan tersebut, rumah berkenaan dikelilingi persekitaran yang terlihat sempurna di mata pengunjung.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, seorang pengguna, @dr.defectmalaysia mendedahkan tentang kecacatan yang dimiliki dalam sebuah kondominium yang tidak didedahkan lokasinya.

"Lawa kan, aku tanya korang, anggaplah ini rumah anda. Benda ini (balcony railing) tengah goyang, rumah berlubang-lubang.

"Korang nampak tak selepas tingkap ditutup ada lubang, ada rumah yang tandasnya bocor," katanya dalam rakaman video.

BACA LAGI: Ikutkan hasrat sebenar, nak ada TV Islamik — Erma Fatima

BACA LAGI: 'Sampai simpan hot pack dalam poket', cuaca buruk musim sejuk buat Sohniya 'kebas' beraksi di New Zealand

Begitupun jelas @dr.defectmalaysia, pihaknya hanya ingin menyuarakan luahan pemilik rumah baharu, bukannya mencari kesalahan pemaju.

Keadaan struktur bangunan tersebut yang tidak selamat berpotensi mengundang masalah keselamatan kepada penghuni rumah berkenaan.

Antara kecacatan yang didedahkan @dr.defectmalaysia, adalah mengenai pagar balkoni (balcony railing) yang tidak dipasang dengan betul, pemasangan mozek pada dinding yang mudah pecah, miliki banyak lubang pada dinding selain masalah tandas bocor.

Perkara itu menimbulkan rasa kesal kepada banyak pihak yang melihat rakaman video tersebut dan musykil apabila projek perumahan tersebut berjaya diluluskan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bimbang jika memperoleh pemaju yang sama dan berharap adanya tindakan lanjut dibuat pada kediaman tersebut.

"Teruk gila defect macam ini. Berbahaya pun ada. Tolong beritahu siapa nama pemaju ini? Supaya tiada rakyat Malaysia yang terkena dengan developer macam ini," tulis sein3025.

"Bayar loan bank beratus ribu ringgit sampai bertahun-tahun, tapi rumah belum dapat kunci pun dah ada macam-macam masalah. Susah betul jadi rakyat marhaen macam ni," kata Ara Auni.

"Pembeli semua kena bersatu padu membuat repot kepada pihak yang berkaitan kalau tak nak susah pada masa hadapan. Kesian juga kepada pembeli memang sewa rumah lain sebab nak tuggu rumah siap. Akhirnya jadi begitu. Semoga urusan kalian dipermudahkan," tulis cikla_lala.

"Baru tahu warna putih-putih dekat dinding itu maksudnya tandas bocor. Huhu, banyak rupanya pemaju tak buat elok. kita sahaja yang lalai," tulis thatdini.

"Rumah dekat Malaysia ini rasanya kalau ada gempa atas magnitude 5.0 banyak yang ranap, kualiti kelaut harga ke bulan," tulis Alalama58. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram