Ambil tahu kedudukan anak hasil perkahwinan syubhah


  • Mukmin
  • Rabu, 17 Apr 2024

Hubungan perkahwinan yang terjalin di antara bapa dengan anak kandung sendiri hangat diperkatakan di media sosial. — Gambar hiasan

TAYANGAN drama di sebuah televisyen swasta baru-baru ini banyak mengisahkan tentang sesuatu hubungan kekeluargaan yang mencetuskan kontroversi.

Ada yang mengisahkan drama abang berkahwin dengan adik kandung berlainan ibu tanpa mengetahui status diri masing-masing.

Ada pula kisah mengenai seorang lelaki yang tidak menyedari bahawa dia telah menjalinkan hubungan rumah tangga bersama anak kandungnya sendiri.

Lebih malang, pasangan berkenaan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata pertama yang masih lagi kecil.

Hal itu banyak diperkatakan di media sosial sehingga menjadi perdebatan di media sosial.

Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang peguam, Hazwani Zainal tampil menjelaskan mengenai hukum perhubungan yang terjalin di antara seorang bapa dengan anak kandungnya itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Safawi Rasid menangis Syifa Melvin buat kejutan hamil anak kedua

ilustrasi-suami-istri_169

Konflik rumah tangga disebabkan hubungan yang tidak seharusnya kerap diperkatakan di media sosial. — Gambar hiasan

Mungkin segelintir pasangan beranggapan perkahwinan itu sah jika telah memenuhi segala rukun nikah.

Namun, menurut Hazwani Zainal, hubungan itu dikenali sebagai perkahwinan syubhah yang tidak sah menurut syariat Islam kerana terdapat kecacatan pada rukun Islam.

Manakala, anak yang terlahir daripada hasil hubungan berkenaan juga dikira sebagai anak wati syubhah.

Anak wati syubhah bermaksud anak yang dilahirkan akibat persetubuhan yang berlaku bukan dalam perkahwinan yang sah akibat keraguan tertentu.

Pada asalnya, anak yang dilahirkan bukan daripada perkahwinan yang sah tidak boleh dinasabkan kepada bapa biologinya.

Ini berdasarkan hadis Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:

الولدُ لِلفِراشِ ولِلعاهِرِ الحجرُ

Maksudnya: (Nasab) seorang anak itu berdasarkan firasy (nikah dan perhambaan), dan bagi penzina itu hukuman rejam (atau kehinaan; tidak boleh menasabkan).” [Riwayat al-Bukhari (No. 6818)]

Bagaimanapun, para ulama menyatakan bahawa jika seorang anak itu lahir daripada persetubuhan yang syubhah, ia dikira sama seperti hukum nikah fasid iaitu dinasabkan kepada bapa biologinya.

BACA LAGI: [VIDEO] Safawi Rasid menangis Syifa Melvin buat kejutan hamil anak kedua

otxms7ecu9jgur8hf3fk

Hubungan kekeluargaan perlulah diteliti dengan peka sebelum melangkah ke alam perkahwinan. — Gambar hiasan

Menerusi peruntukan ini ada 3 syarat untuk sabitkan anak tersebut anak yang boleh dinasabkan:

1) Mesti wujud satu perkahwinan yang disangkakan sah oleh kedua-dua pihak.

2) Wujud persetubuhan selepas akad nikah tersebut.

3) Lahir seorang anak dalam tempoh enam bulan dari tarikh persetubuhan pertama.

Setiap anak yang lahir daripada persetubuhan syubhah tetap dianggap sebagai anak sah taraf dan anak kandung kepada bapanya.

Apabila nasab sebagai anak terhadap seseorang itu sabit, maka begitu jugalah hak perwarisan juga sabit bersama.

Seksyen 113 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) memperuntukkan tentang kesan persetubuhan syubhah:

“Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan syubhah dengan seorang perempuan dan kemudiannya perempuan itu melahirkan seorang anak dalam tempoh antara enam bulan qamariah hingga empat tahun qamariah selepas persetubuhan itu, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu.”

Maka, anak yang lahir daripada persetubuhan yang syubhah adalah dianggap sebagai anak sah taraf kepada bapa biologinya.

Apabila dia dinasabkan kepada bapanya, maka dia juga adalah waris yang sah dalam hukum pusaka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram