Cuti Krismas: Tol percuma selama 2 hari — Ahmad Maslan


  • Primer
  • Khamis, 21 Dis 2023

Rakyat mendapat tol percuma selama dua hari iaitu pada 23 dan 26 Disember sempena cuti Krismas. — Gambar hiasan

TIMBALAN Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Khamis mengumumkan tol percuma sempena perayaan Krismas.

Jelasnya, tol percuma tersebut akan berkuatkuasa pada 23 dan 26 Disember 2023 (Sabtu dan Selasa) bagi semua jenis kenderaan.

“Keputusan tersebut telah dibuat selepas mesyuarat jemaah menteri yang berlangsung pada 6 Disember lalu sempena sambutan Krimas tahun ini.

“Pengecualian tersebut diberikan untuk semua jenis kenderaan di semua lebuh raya dalam negara kecuali dua plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang,” jelasnya dalam satu sidang akhbar pada Khamis.

Terdahulu, laporan media mengatakan bahawa kerajaan secara puratanya telah memperuntukkan sebanyak RM21 juta sehari kepada syarikat konsesi lebuh raya, menerusi pelaksanaan tol percuma.

Menurut Ahmad Maslan, pada tahun ini sahaja, kerajaan membayar RM80.07 juta sempena Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali RM42.31 juta dan Tahun Baru Cina RM41.21 juta. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram