Siasatan dakwaan guru pedofilia MRSM Tumpat perlu masa sebulan — Polis Kelantan


  • 112
  • Isnin, 01 Apr 2024

Muhamad Zaki berkata, semua saksi yang boleh membantu siasatan kes berkenaan yang dipercayai melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat di Kelantan. — Facebook/MRSMTumpatUnofficial

SIASATAN kes seorang guru di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tumpat, Kelantan dijangka mengambil masa sebulan untuk diselesaikan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semua saksi yang boleh membantu siasatan kes berkenaan akan dipanggil.

“Saksi yang akan dipanggil selepas ini mungkin berada di luar Kelantan memandangkan bekas pelajar, namun kita akan pastikan siasatan dapat disiapkan secepat mungkin kerana ia membabitkan kerjaya guru berkenaan.

“Setakat ini, empat saksi termasuk guru lelaki yang didakwa melakukan perbuatan itu sudah dipanggil bagi direkodkan keterangan,” katanya seperti dilaporkan BH Online pada Isnin.

Dalam pada itu, Muhamad Zaki turut meminta semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung kes tersebut.

BACA LAGI: 'Kafir bukan istilah tunggal digunakan terhadap bukan Islam dalam al-Quran'

Umno Youth chief Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki were seen after their meeting at the Menara Dato Onn on Thursday. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. March 12, 2020.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

BACA LAGI: Bukan takat mahu 'survive' raya, pesawah terpaksa tanggung hutang berganda akibat cuaca panas

Ujarnya, siasatan ketika ini masih di peringkat awal dan beliau meminta tiada tohmahan dilontarkan terhadap mana-mana pihak.

"...belum dipastikan sama ada dakwaan itu betul atau tidak.

“Kes ini perlu dibuktikan dengan jelas, teks dihantar kepada siapa dan sebagainya,” ujarnya.

Terdahulu, seorang wanita wanita menyelar tindakan bekas gurunya yang didakwa masih lagi mengganggu pelajar dengan menghantar mesej berunsur lucah dan juga seorang pedofilia.

Dalam satu hantaran di laman media sosial X (Twitter), wanita terbabit turut mendakwa guru di MRSM Tumpat di Kelantan itu masih mengajar secara bebas walaupun tindakannya pernah 'kantoi' dalam kalangan pelajar beberapa kali sebelum ini.

Susulan daripada itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, agensinya akan membuat siasatan secara menyeluruh terhadap kes berkenaan.

Katanya, pasukan dari Ibu Pejabat Mara akan turun ke sekolah berkenaan bagi menyiasat kesahihan dakwaan tersebut.

Asyraf berkata, guru berkenaan juga kini digantung tugas sehingga siasatan selesai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram