[VIDEO] Berdegil tak mahu bagi jalan punca 2 pemandu bergaduh di laluan sempit di Kota Belud


  • 112
  • Sabtu, 23 Mac 2024

Tangkap layar memaparkan pergaduhan antara dua lelaki di Pekan Kota Belud, Sabah pada Jumaat.

TIDAK mahu bertolak ansur dan enggan mengalah ketika melalui jalan sempit punca berlakunya pergaduhan antara dua lelaki di Pekan Kota Belud, Sabah pada Jumaat.

Video tular memaparkan kedua-dua individu itu bertindak ganas menggunakan parang dan besi turut menimbulkan kegusaran warga awam.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, kejadian pergaduhan berdurasi 42 saat tersebut turut tular di media sosial.

"Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu berlaku di kawasan parkir Jalan Tamu Minggu dan pergaduhan itu kemudiannya dileraikan orang ramai.

“Siasatan mendapati, pergaduhan itu berpunca daripada kedua-dua lelaki enggan memberi laluan ketika melalui jalan yang sempit di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

BACA LAGI : [VIDEO] Pemergian yang dicemburui, imam meninggal dunia ketika imamkan solat Subuh di Segamat

BACA LAGI : Badan penuh lebam, Muhd Nazmie Aizat maut kena belasah dalam asrama kolej vokasional di Lahad Datu

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh di tempat awam.

Mana-mana orang awam yang menyaksikan kejadian itu perlu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud bagi membantu siasatan atau boleh menghubungi Inspektor, Izhafizan Haron di talian 014-6318003.

“Setakat ini belum ada laporan rasmi dibuat mana-mana pihak. Bagaimanapun dimaklumkan kedua-dua pihak berdamai dan juga mempunyai kaitan kekeluargaan,” katanya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram