Inteam terbit lebih 1,300 video islamik, sasar mahu capai 1 juta langganan di YouTube


  • Hiburan
  • Rabu, 20 Mac 2024

Inteam menggunakan bulan Ramadan sebaik mungkin untuk mendendangkan lagu berunsur islamik.

SIAPA tak kenal dengan kumpulan nasyid popular Malaysia, Inteam yang banyak mendendangkan lagu-lagu kerohanian yang mendidik jiwa umat Islam.

Kumpulan Inteam dianggotai tiga ahli hebat iaitu Mohd Syahril, Abdul Rahim Osman, Muhammad Hazamin Harun dan Hisyam Ahmad.

Memandangkan umat Islam berada di bulan mulia, kumpulan Inteam menggunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya untuk menerbitkan karya-karya berunsur keagamaan.

BACA LAGI: Ariana Grande sah bercerai, perlu bayar RM2.64 juta kepada bekas suami

Pengarah Eksekutif Inteam Digital, Hazamin berkata, Inteam menerbitkan beberapa single utama pada bulan Ramadan kali ini.

Single pertama ialah Asma' Abu Bakar yang dinyanyikan oleh Mateen.

Single kedua pula ialah Rabiatul Adawiyah 2024 yang dinyanyikan Inteam sendiri dengan bergandingan bersama Khai Bahar. Kami juga ada terbitkan album Zikir Munajat alunan Ustaz Khairul Anuar Al-Hafiz.

“Kami juga ada jual secara digital single baharu Amer Yusoff (bekas ahli kumpulan Ruffedge) berjudul Lebih 1,000 Bulan dan insya-ALLAH akan menerbitkan album nyanyian semula lagu-lagu raya Inteam pada 29 Mac nanti,” katanya.

Beliau berkata sedemikian pada Majlis Apresiasi Media Inteam Records pada Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] Nenek meniarap selamatkan cucu nyaris kena patuk ular tedung masuk rumah

Bergiat aktif dalam Industri muzik, kumpulan Inteam menyasarkan untuk memperoleh sejuta langganan pada 2024.

"Untuk makluman, Inteam Digital telah mengeluarkan lebih 1,300 video islamik di rangkaian YouTube kami untuk capai sasaran itu," katanya dalam majlis berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram