SEORANG perunding hartanah maut selepas diserang semasa berada di sebuah restoran di lebuh raya Solapur - Pune, Maharashtra, kira-kira 140 kilometer dari bandar Pune, India dalam kejadian pada Sabtu lepas.
Menurut polis Indapur, pada awalnya, mangsa, Avinash Balu Dhanve, 34, bersama empat rakannya dalam perjalanan menuju ke Pandharpur untuk menjalankan urusan jual beli tanah.
Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan mereka berhenti buat seketika waktu di sebuah restoran.
Secara tiba-tiba, dua suspek lelaki yang membawa beg plastik memasuki restoran berkenaan dan melepaskan empat tembakan ke kepala Dhanve.
BACA LAGI: Pernah disewa sampai ke Thailand, motorhome Fathuddin jadi pilihan artis tempatan dan pelancong luar
BACA LAGI: Pemangku Sultan Johor titah pihak berkuasa ambil tindakan isu stoking kalimah ALLAH
Selang beberapa saat, enam suspek yang lain turut bertindak memasuki ke dalam restoran terbabit dan salah seorang daripadanya menghentak Dhanve dengan mata parang sebelum dia tersungkur ke tanah.
Meskipun sudah berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, kumpulan penjenayah itu tetap meneruskan serangan dengan pukulan menggunakan parang yang dibawa.
Turut dilihat, mereka bergegas meninggalkan kawasan berkenaan untuk melarikan diri selepas melakukan jenayah ngeri itu.
Mengulas lanjut, pada Selasa, pihak polis Pune berjaya menahan empat orang suspek berhubung pembunuhan Dhanve dan mendapati kes itu berpunca daripada persaingan antara dua kumpulan geng.
Pihak polis turut merampas sepucuk pistol, parang dan dua kenderaan suspek.
Bagaimanapun, pihak polis masih lagi menjalankan usaha untuk menangkap empat penjenayah yang lain. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram