[VIDEO] Macam kena 'game', penduduk tertipu kutip berlian palsu atas jalan raya


  • Benua
  • Selasa, 26 Sep 2023

Tangkap layar video menunjukkan keadaan orang awam yang sedang mengutip berlian di atas jalan raya pada Selasa.

TULAR sebuah video yang sempat dirakam oleh orang awam memaparkan beberapa penduduk di Surat, India sedang mengutip berlian yang bertaburan di atas jalan raya pada Selasa.

Menerusi video tersebut, seorang peniaga difahamkan tidak sengaja menjatuhkan berlian yang menyebabkan beberapa orang awam di kawasan tersebut bertindak untuk mengutipnya.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah bazar mini di kawasan Varachha, Surat.

Selain itu, berlian tersebut juga bertaburan ke merata tempat dan mendapat perhatian orang ramai yang berada ketika kejadian.

Bagaimanapun, siasatan mendapati berlian yang dikutip oleh orang awam tersebut difahamkan merupakan berlian palsu dan bukanlah berlian sebenar yang diekstrak dari lombong.

Sebaliknya, ia adalah berlian Amerika yang mempunyai harga rendah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram