Runsing tak tahu cara kawal pengambilan gula, ini 5 aplikasi boleh bantu anda


  • Massa
  • Jumaat, 15 Mac 2024

Terdapat pelbagai aplikasi kesihatan di pasaran yang boleh membantu menyediakan panduan dalam mengawal pengambilan gula. — Gambar hiasan

ISU pengambilan gula berlebihan di dalam makanan sudah menjadi satu masalah yang agak sekian lama membelenggu kesihatan rakyat Malaysia.

Malah, boleh dikatakan bahawa perkara tersebut juga kini seakan-akan menjadi semakin meruncing sehingga menjejaskan produktiviti pekerja di dalam negara.

Pada Khamis, media melaporkan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membelanjakan sejumlah kira-kira RM300 juta untuk program dialisis bagi pencarumnya yang menghidap masalah diabetes.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, berkata, pihaknya mendapati jumlah peratusan individu menghidap masalah diabetes menerusi program saringan kesihatan PERKESO meningkat sejak dilancarkan pada 2013.

Menurutnya, peratusan individu menghidap penyakit diabetes juga kini meningkat sehingga 19.9 peratus iaitu hampir 20 peratus, berbanding sembilan peratus ketika program itu mula dilancarkan pada 2013.

Diabetes juga menjadi faktor risiko utama Penyakit Ginjal Kronik (CKD) dan boleh membawa kepada Penyakit Ginjal Tahap Akhir (ESRD) yang tiada peluang sembuh.

Justeru, tindakan PERKESO melancarkan Kempen Tolak Gula pada Mac menerusi saluran PERKESO Prihatin e-newsletter bertepatan dengan usaha membasmi penyakit itu di Malaysia.

Dalam pada itu, seharusnya diakui kesedaran mengenai perkara tersebut sememangnya semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, usaha bagi mengubah amalan pemakanan sedemikian bukanlah yang mudah lebih-lebih lagi sekiranya ia sudah menjadi sebahagian daripada budaya.

Tambahan pula, pengambilan gula itu sendiri sudah seakan-akan menjadi satu bentuk ketagihan buat masyarakat.

Disebabkan itu, adalah tidak mengejutkan apabila terdapat individu yang seakan-akan mengalami kesukaran untuk mengubah perkara tersebut.

A women Nur Farah Hidayah Ahmed Kamal Khairon,22 drink the bubble tea at one of the shop in Subang Jaya. FAIHAN GHANI/The Star.

Budaya pemakanan yang menekankan terhadap pengambilan gula sememangnya tidak mudah untuk diubah dalam sekelip mata. — Gambar hiasan

Namun, perlu diketahui bahawa terdapat cara boleh dilakukan untuk mengubah tabiat tersebut termasuk dengan cara menggunakan aplikasi kesihatan yang tersedia di pasaran.

Berikut Majoriti senaraikan lima aplikasi pengawalan gula yang boleh digunakan untuk pembaca bagi membantu mengubah budaya pengambilan gula dalam makanan:

1. Sugarfree Quit Sugar Addiction

Sugarfree Quit Sugar Addiction adalah aplikasi membantu pengguna menguruskan dan memantau pengambilan gula oleh pengguna.

Menerusi aplikasi ini, pengguna untuk mengehadkan pengambilan gula harian anda dengan mengambil ciri Cabaran Tanpa Gula 14 Hari.

Dalam proses persediaan bagi cabaran berkenaan, pengguna boleh melaraskan sasaran gula harian mengikut garis panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pengguna juga boleh memilih sama ada untuk mengesan semua jenis gula (termasuk yang terdapat dalam buah-buahan) atau hanya gula tambahan yang berbahaya.

Screenshot 2024-03-14 191226

Aplikasi yang disediakan ini turut membina satu program cabaran terhadap pengguna bagi mengurangkan pengambilan gula.

Selain itu, aplikasi ini turut memberikan panduan terhadap pengguna yang menghadapi gejala penarikan diri atau withdrawal symptoms akibat tindakan mengurangkan pengambilan gula.

Aplikasi ini tersedia di peranti Android dan IOS.

2. Stop Eating Sweets

Stop Eating Sweets adalah aplikasi yang membantu pengguna mengurangkan pengambilan gula dalam pemakanan dengan kadar segera.

Aplikasi ini memiliki ciri penjaga masa yang memberitahu pengguna waktu mereka bebas daripada pengambilan gula.

Pada masa sama, ia juga boleh mengira penjimatan wang diperolehi dengan tidak mengambil makanan bergula bagi memberikan motivasi tambahan kepada pengguna.

Ciri utama pada aplikasi ini adalah memberikan maklumat tempoh masa sebenar yang dilalui oleh pengguna tanpa pengambilan gula.

Stop Eating Sweets tersedia di peranti Android.

3. HealthifyMe - Calorie Counter

HealthifyMe adalah aplikasi penurunan berat badan dan pengiraan kalori yang merupakan antara indikasi utama pengambilan gula harian.

Dengan HealthifyMe, pengguna akan dapat memantau pengambilan makanan anda dan kalorinya serta mencipta pelan diet yang memenuhi keperluan pemakanan masing-masing.

Screenshot 2024-03-14 191348

Aplikasi yang tersedia ini juga membantu pengguna untuk memantau pengambilan gula harian dalam pemakanan mereka.

Aplikasi ini turut menawarkan khidmat nasihat bagi senaman daripada pakar dan mempunyai akses terhadap khidmat pakar pemakanan dan nutrisi terkenal.

Apa yang menarik, aplikasi ini disediakan dengan lebih tiga pilihan bahasa termasuk bahasa Inggeris, Melayu dan Cina.

HealthifyMe - Calorie Counter hanya tersedia bagi peranti Android.

4. Smart Sugar

Smart sugar merupakan aplikasi yang membantu pengguna mengelakkan pengambilan gula melebihi jumlah harian yang disyorkan.

Antara ciri terdapat dalam aplikasi ini ialah menjejak purata pengambilan gula dan mengira pengambilan gula harian.

Selain itu, ia juga menawarkan senarai pilihan makanan yang meluas di samping menyesuaikannya mengikut keperluan pengguna sendiri.

Pada masa sama, aplikasi ini turut membolehkan anda menyemak semula semua sejarah pengambilan gula anda dengan pemaparan informasi yang lebih menarik melalui diagram dan statistik.

Aplikasi ini hanya tersedia di peranti IOS.

5. Lifesum

Lifesum merupakan aplikasi kesihatan yang memberikan tumpuan utama antara lain terhadap pengiraan pengambilan kalori harian.

Tidak cukup sekadari itu, Lifesum turut memberikan panduan bagi mengamalkan diet sihat berkhasiat yang sesuai mengikut gaya hidup dan citarasa pengguna.

Pada masa sama, aplikasi ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai matlamat untuk menurunkan berat badan sambil membina tabiat pemakanan sihat sepanjang hayat.

Aplikasi ini tersedia di peranti Android dan IOS.

Selain itu, orang ramai boleh memuat turun e-newsletter PERKESO dengan melayari laman web https://www.perkeso.gov.my/e-newsletter.html. — Majoriti— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram