
SEORANG wanita ditahan polis selepas didakwa telah menyiarkan gambar kanak-kanak berusia empat tahun secara langsung (live) di TikTok pada pagi Rabu.
Suspek berusia 36 tahun itu dipercayai kakak kepada mangsa pembunuhan kejam, Bella atau Milla Sharmila ditahan sejurus tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk memberi keterangan.
BACA LAGI : Kakak bersyukur tulang paha, betis dan keting manusia ditemukan di lokasi penemuan rangka Bella
Pembunuhan Bella antara tragedi memilukan buat seluruh rakyat Malaysia. — Facebook
BACA LAGI : Analisis DNA sepadan, polis sahkan rangka tak sempurna milik Bella
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, suspek ditahan pukul 2.10 pagi susulan pihaknya menerima laporan seorang wanita memaklumkan gambar anaknya berusia empat tahun digunakan di TikTok.
"Kanak-kanak itu merupakan saksi pendakwaan bersabit kes bunuh di daerah ini hujung tahun lalu (2023) yang disebarkan melalui aplikasi itu.
"Dia kemudian ditahan ketika tampil memberi keterangan di IPD Batu Pahat.
"Selain tangkapan, polis turut merampas telefon pintar yang disyaki digunakan ketika bersiaran langsung, untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ismail berkata, suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat dan direman sehari bermula Rabu.
Katanya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.
"Polis menasihatkan orang awam agak tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram