
KAKAK mangsa pembunuhan kejam, Bella atau Milla Sharmila, 32, mengucapkan rasa syukurnya selepas menerima berita penemuan tulang di kawasan rumah terbiar di Jalan Besar Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor.
Menurut kakaknya, Norhisham Samsusah, 36, atau lebih mesra panggilan Ayu berkata, sebahagian rangka arwah Bella itu masih menunggu keputusan forensik.
Dia juga berharap agar anggota lain dapat segera dijumpai pihak berkuasa.
BACA LAGI : Analisis DNA sepadan, polis sahkan rangka tak sempurna milik Bella
Arwah Bella yang dibunuh dengan kejam oleh teman lelakinya. — Facebook
BACA LAGI : Polis jumpa rangka manusia di rumah lama Bella di Batu Pahat
"Alhamdulillah, sebahagian rangka arwah Bella ditemukan tapi kami masih tunggu keputusan forensik.
"(Sebanyak) 90 peratus rangka ditemukan dipercayai milik Bella, mohon doakan supaya anggota lain dijumpai," katanya menerusi Facebook.
Susulan itu, polis mengesahkan beberapa ketul tulang ditemukan di lokasi penemuan rangka Bella pukul 11.30 pagi pada 28 Februari lalu selepas menerima maklumat orang awam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dipanggil untuk membantu siasatan di lokasi penemuan itu.
Ismail berkata, hasil pemeriksaan, pihaknya menjumpai dua ketul tulang dipercayai bahagian paha, dua ketul tulang betis dan dua ketul tulang keting di lokasi itu.
"Kesemua tulang dijumpai dihantar ke Jabatan Kimia Johor untuk analisa perbandingan DNA.
"Buat masa ini, polis masih menunggu keputusan laporan analisa daripada Jabatan Kimia dan proses itu dijangka mengambil tempoh lebih kurang sebulan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Justeru, beliau berkata, polis menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penemuan itu.
Tambahnya, individu mempunyai maklumat lanjut, boleh menyalurkan ke talian 07-436330. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram