SMG jadi rakan media rasmi Matrade, tingkat imej perdagangan antarabangsa Malaysia


  • Bizz
  • Selasa, 05 Mac 2024

Seng Fatt (lima dari kiri) bertukar dokumen MoU dengan Mohd Mustafa (dua dari kiri) dalam satu majlis yang diadakan di Menara Matrade, Kuala Lumpur pada Selasa.

PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Star Media Group (SMG) untuk memperkasakan lagi liputan terhadap impak perdagangan Malaysia di pentas global.

Kerjasama yang julung kali diadakan itu menjadikan SMG sebagai rakan media rasmi untuk Matrade terhadap mengenai pelbagai inisiatif dilaksanakan agensi tersebut.

Ia meliputi perjalanan misi perniagaan, pameran perdagangan dan pelbagai lagi projek berskala besar.

Pengerusi Matrade, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau berharap kerjasama yang terjalin dapat membantu khususnya dalam memastikan negara mencapai nilai eksport yang disasarkan.

"Dengan MoU ini saya berharap satu sejarah baru akan berjaya direkodkan dengan kami menyasarkan untuk mengukuhkan lagi pencapaian yang kami sudah berjaya laksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media yang diadakan selepas majlis menandatangani MoU tersebut yang diadakan di Menara Matrade, Kuala Lumpur pada Selasa.

[L-R] SMG chief executive officer Chan Seng Fatt Matrade chairman Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican and Matrade chief executive officer Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz during the press conference after thr mou ceremony at Matrade on March 05. — AZMAN GHANI/The Star

Dari kiri: Seng Fatt, Reezal dan Mohd Mustafa dalam sidang media selepas majlis menandatangani MoU antara Matrade dan SMG di Menara Matrade, Kuala Lumpur pada Selasa.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMG, Chan Seng Fatt dan Ketua Pegawai Perniagaan SMG, Lydia Wang.

Dalam pada itu, Reezal turut menekankan bahawa melalui kerjasama ini, Matrade bersama pemegang kepentingannya bersedia untuk memperkukuhkan lagi komunikasi khususnya mengenai potensi ekonomi yang wujud.

“Dengan memanfaatkan capaian meluas yang dimiliki SMG, kami menjangkakan peningkatan ketara dalam liputan terhadap inisiatif Matrade yang merentasi sempadan dan seterusnya meningkatkan keuntungan pengeksport Malaysia di dalam pelbagai pasaran.

"Bersama dengan SMG, kami bersedia untuk meningkatkan impak kami serta mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai peneraju global dalam perdagangan,” tambahnya.

Sementara itu, Seng Fatt berkata menyifatkan bahawa SMG dan Matrade sememangnya memiliki sejarah kerjasama yang berlangsung sejak sekian lama.

SMG chief executive officer Chan Seng Fatt (fifth from left) signing the MoU document with Matrade chief executive officer Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz (second from left. Witnessing the ceremony were (from left) Matrade deputy chief executive officer (Export Acceleration) Abu Bakar Yusof, Miti secretary-general Datuk Hairil Yahri Yaacob, Matrade chairman Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, and SMG chief business officer Lydia Wang.  (3/3/2024). —AZHAR MAHFOF/The Star

Seng Fatt (lima dari kiri) menandatangani dokumen MoU bersama Mohd Mustafa Abdul Aziz (tiga dari kiri) sambil disaksikan Reezal dalam satu majlis yang diadakan di Menara Matrade, Kuala Lumpur pada Selasa.

Malah, beliau menambah, agensi itu juga sentiasa menyokong usaha SMG dalam mempromosi dan mengiktiraf pencapaian industri perniagaan di dalam negara.

Ia termasuk dalam menjayakan Anugerah Cemerlang Perniagaan Star (SOBA) dan Anugerah Kecemerlangan Eksport (EEA) yang masing-masing sudah memasuki tahun ke-15 dan kelima penganjurannya.

"Sebagai penaung rasmi EEA, Matrade telah memainkan peranan penting dalam pembangunan anugerah ini melalui sumbangan daripada wakilnya yang terkemuka, kandungan dan kandungan dan maklum balas yang sangat berkesan.

"Matrade juga membantu menilai anugerah dan menyediakan pendidikan kepada peserta tentang potensi pasaran antarabangsa," ujarnya.

Sehubungan itu, Seng Fatt menambah, kolaborasi unik yang tidak pernah berlaku sebelum ini melibatkan media lain itu juga menandakan detik penting dalam kerjasama antara Matrade dan SMG.

Ia khususnya dalam memastikan pertumbuhan dan pencapaian dalam usaha membolehkan kedua-dua pihak meningkatkan secara strategik imej delegasi perdagangan negara di peringkat global.

Dalam pada itu, usaha kerjasama antara Matrade dan SMG akan turut melibatkan keseluruhan misi eksport dilaksanakan agensi itu di pelbagai pameran perdagangan rentas negara termasuk di Asia dan Afrika.

Ia juga meliputi penganjuran acara berskala besar seperti Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai atau MIHAS @Dubai yang akan berlangsung ketika Ekspo Produk Organik dan Semula Jadi Timur Tengah pada 18 hingga 20 November tahun ini.

Dengan sasaran jualan RM1 bilion, acara tersebut memperlihatkan komitmen Matrade terhadap usaha bagi memajukan sektor halal di peringkat global.

Selain itu, MIHAS Kuala Lumpur, Ekspo China-Asean ke-21 (CAEXPO) dan Sidang Kemuncak Malaysia-China (MCS) juga bakal menandakan peristiwa penting bagi Matrade dan SMG dalam usahanya memperkukuhkan hubungan perdagangan dan kerjasama strategik yang terjalin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram