
SEORANG pemandu kereta berjaya menggagalkan cubaan dua penunggang motosikal untuk melarikan tempat mandi jenazah di jalan raya baru-baru ini.
Menerusi video papan pemuka (dashcam) dimuat naik di Facebook Ehailing.fm pada Sabtu, penunggang dan pembonceng tersebut mengusung tempat mandi yang terbuat daripada keluli tahan karat atau (stainless steel) itu.
Namun, kedua-dua individu yang didakwa mahu mencuri itu dilihat meninggalkan peralatan tersebut di tepi jalan sebelum berlalu pergi.
BACA LAGI : Polis tahan lelaki curi rakam video 'skodeng' wanita termasuk artis di Bukit Jalil
Tangkap layar video memaparkan tempat mandi jenazah yang ditinggalkan di tepi jalan.
Ia selepas pemandu kereta yang juga pemilik dashcam berkenaan menyedari tindakan itu dan mengekori mereka berdua.
Setelah kedua-duanya meninggalkan kawasan itu, pemandu tersebut dilihat berpatah balik ke lokasi di mana tempat mandi jenazah itu ditinggalkan.
Dalam video sama, pemandu itu turut keluar dan melihat keadaan objek berkenaan sambil didatangi orang awam.
Bagaimanapun, identiti dan lokasi sebenar kejadian itu tidak dipastikan lagi.
Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram