[VIDEO] Polis tahan lelaki curi rakam video 'skodeng' wanita termasuk artis di Bukit Jalil


  • 112
  • Sabtu, 20 Jan 2024

Tangkap layar video memaparkan suspek ditahan oleh orang awam dan anggota polis bantuan selepas dikesan merakam beberapa video kurang senonoh menerusi telefon pintarnya.

SEORANG lelaki berusia 33 tahun ditahan kerana didakwa secara curi-curi mengambil video tidak senonoh menggunakan telefon pintar ketika satu persembahan di sebuah pusat beli-belah di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, tiga laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu yang berlaku pada Jumaat.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam Jumaat apabila seorang wanita yang sedang membuat persembahan di atas pentas dimaklumkan penonton bahawa seorang lelaki sedang merakam video tidak sopan dari bahagian bawah pentas.

"Rakan mangsa dan orang awam lain berjaya menahan suspek di pusat beli-belah itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

BACA LAGI: [VIDEO] PU Azman diperintah bela diri 2 tuduhan amang seksual remaja lelaki 17 tahun, pilih keterangan bersumpah

BACA LAGI: Polis rakam keterangan suspek buat gangguan seksual, ugut rogol pelajar tingkatan 2 di Shah Alam

Difahamkan, ketika kejadian, orang awam menemui banyak video tidak senonoh di dalam telefon pintar suspek melibatkan beberapa orang wanita termasuk seorang artis.

Menurut Zam Halim, anggota dari balai polis Bukit Jalil dihantar ke tempat kejadian dan menahan suspek kira-kira pada pukul 11 malam.

Katanya, suspek kini direman sehingga Isnin depan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," ujarnya.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah menghubungi talian hotline polis Cheras di talian 03-92845050/5051 atau talian hotline polis KL 03-21159999 atau balai polis berhampiran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram