ENGGAN meminjamkan wang kepada rakan, seorang pembantu kedai wanita ditikam sehingga maut di Sibu Jaya, Sarawak pada petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili dilaporkan berkata,dua lelaki rakyat tempatan berusia 27 dan 28 tahun telah ditahan di dua lokasi berbeza bagi membantu siasatan kes itu.
"Hasil tangkapan pertama (P1) berusia 28 tahun pukul 9.30 pagi Sabtu di Sibu Jaya. Tangkapan kedua (P2), 27 tahun, kita laksanakan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.
"Hasil siasatan daripada dua tangkapan, kita telah tahu motif kejadian iaitu P2 juga dikenali oleh mangsa," katanya.

Suspek yang ditahan pihak polis selepas kejadian itu. — Facebook
Zulkipli dilaporkan berkata, hasil siasatan yang telah dijalankan kepada mangsa juga mendapati, terdapat enam tikaman mengakibatkan kecederaan.
"Pihak polis telah merampas sebilah pisau dan pakaian yang digunakan oleh P2 semasa kejadian," katanya lagi.
BACA LAGI: Seret campak masuk kolam renang, lelaki durjana dirakam cuba lemaskan kekasih hamil
Katanya, hasil siasatan awal mendapati tercetusnya kejadian disebabkan P2 gagal mendapatkan wang yang hendak dipinjamkan daripada mangsa.
"Ujian air kencing telah dijalankan ke atas P1 dan P2, P1 tiada rekod lampau manakala P2, positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine serta mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB).
"Kes ini telah selesai dan pihak polis menjalankan siasatan secara profesional untuk memastikan suspek terlibat dibawa ke muka pengadilan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
