[VIDEO] Lelaki letak nota mengaku pelajar Tingkatan 3 selamba buang kucing depan kedai


  • Tular
  • Isnin, 22 Jan 2024

Tangkap layar CCTV memaparkan seorang lelaki meletakkan seekor kucing bersama kandang di dea

TINDAKAN seorang lelaki meninggalkan seekor kucing berserta sangkar besi kecil di hadapan sebuah premis dipercayai kedai haiwan pada Isnin menerima kecaman hebat.

Ia susulan video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik pengguna Twitter (X) @botakpiaww merakamkan detik kejadian.

Dalam video itu, lelaki berkenaan turut dilihat meninggalkan sehelai nota ringkas di atas sangkar tersebut sebelum dengan pantas berlalu pergi.

BACA LAGI : Geng kayangan buang kucing depan kedai Pets Mart Kluang dikecam, pemilik luah rasa tak puas hati

msg1050426791-23610

Nota yang ditinggalkan oleh lelaki tersebut ketika kejadian. — Twitter

Menerusi tulisan nota itu, dia mengatakan bahawa dia melakukannya itu kerana sudah tidak mampu menjaga kucing tersebut.

Namun notanya itu menimbulkan persoalan dan kecaman dalam kalangan netizen yang mendakwa lelaki itu tidak menyerupanya seperti pelajar Tingkatan Tiga.

Ramai yang mendakwa bahawa alasan tersebut tidak masuk akal kerana tubuh badan lelaki itu dilihat seolah-olah tidak sama seperti seorang pelajar berusia 15 tahun.

"Macam besar sangat je Tingkatan Tiga," komen @cffiya.

Namun, identiti lelaki terbabit masih tidak dapat dipastikan lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram